SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Khamis, 5 September 2013

KALAU DAH JODOH


Suka sangat Mak bila dengar ceramah Ustaz Kazim Ellias bab ISTERI UMPAMA BOLA

Dah jadi macam bola pula kaum isteri ni.

1. Jangan jadikan isteri umpama bola sepak, mula-mula dipegangnya kemudian disepaknya dan ditendangnya sekuat hati sampai masuk gol dia.

2. Jangan jadikan isteri umpama bulu tangkis, mula-mula dipegangnya dan diusap-usapnya kemudian dipukulnya dan di"smash"nya sekuat hati sampai keluar gelanggang dia.

3. Jadikan isteri umpama bola ragbi, dikejarnya dan bila dah dapat dipeluknya, walaupun ditindih-tindih ramai orang namun tak akan dilepaskannya.

Lebih kurang macam tu la, nak ikut tepat macam ustaz Kazim cakap, Mak pun tak catit masa terdengar ceramahnya waktu tu. Tapi hati Mak memang sangat tersentuh dengan bicara al-ustaz tu.


3 ulasan:

OKje berkata...

Mak pun suka gak dengar ustaz Kazim berceramah ni siap pakej menyanyi sekali hehe

Tanpa Nama berkata...

samalah dgn mak KA tu hehehe

Unknown berkata...

Anum, setuju tandanya tiada protes.

Hainom, ustaz dan uztazah di kelas pengajian ilmu di surau taman aku ni pun siap ada pakej nyanyi juga tau.

KA, sama ye Mak...hihi