SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Khamis, 26 September 2013

MADRASAH AL-HIJRAH


Pagi ni buka saluran 114 astro njoi Mak, Ooooo, rancangan Madrasah Al-Hijrah rupanya tapi pagi ni bukan Al-Ustaz yang semalam dan tajuknya: Kitab Riyadhus Solihin-Sabar

Antara sabar dan syukur yang mana paling susah?

Ramai ke yang kata sabar? atau ada yang kata syukur?

Kesemua keenam-enam anak-anak murid Al-Ustaz kata sabar la yang susah.

Kata Al-Ustaz, kita kena sabar dalam apa jua hal tetapi kenala diikuti dengan usaha. Tak jadi kalau sabar je tapi tak beusaha mengatasi semua hal. Betul kata Al-Ustaz tu.

Tapi sebenarnya apa yang susah sekali dalam hidup insan ini ialah untuk bersyukur.

Al-Ustaz ada menyebut Firman Alllah Ta'ala, tapi Mak tak ingat dah kat surah mana,

"semakin sedikit di kalangan hambaku yang bersyukur"

Bermakna persoalan di antara sabar dan syukur yang mana paling susah jawapan sebenar-benarnya adalah semakin susah hamba Allah untuk mengucapkan syukur.

Yang ini di luar tajuk rancangan,  Mak nak kongsikan kat sini, Rasulullah SAW pernah berkata kepada isterinya Aisyah apabila ditanya oleh isterinya tentang mengapa baginda solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya, lalu jawab baginda Rasullullah SAW:

"BUKANKAH LEBIH BAIK KALAU AKU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR"

Sampaikanlah olehmu walau sepatah ayat.

....tapi kena pastikan betul-betul bahawa ayat yang hendak disampaikan itu tidak akan mendatangkan dosa.

Doa Mak:  Jauhkahlah hambaMu ini daripada menyampaikan perkara-perkara yang sia-sia dan menjadi satu dosa...AAMIIIIIIN YA ALLAH.

CINTA NABI AMALKAN SUNNAH-






1 ulasan:

Unknown berkata...

Anum, terima kasih.