ALHAMDULILLAH... masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas pada pagi ini...
Lepas sudah kerindun dan kerisauan yang membuak-buak kepada anak sulungku. Perjalanan pergi dan balik ke Sabak Bernam dan Teluk Intan sangat mendamaikan. Syukur pada Ilahi kami selamat pergi dan balik semula ke rumah sendiri setelah menumpang semalam di rumah emak di kampung. Sempat mengambil beberapa gambar di kampung bersama emak dan rumah emak yang dulunya pun rumah aku juga.
Anak sulungku kutanya "seronok tak?...seronok...." katanya. Ada juga dia bercerita tentang pelajar-pelajar lama di sana...emmm, ada sedikit kerisauan di hatiku..tapi aku berdoa semoga anakku akan dilindungi Allah selalu...Aamiiiin. Baru seminggu di asrama dah kehilangan sandal." Sabar..."..kataku. Minggu lepas waktu menghantarnya mendaftarkan diri aku langsung tak ambil gambar bersamanya di sana.....tapi kali ini tidak...sempat kami bergambar sekeluarga untuk tatapan hari-hari. Walaupun sebenarnya anak sulungku itu agak pemalu untuk bergambar.
Waktu balik ke rumah sempat juga aku singgah di Lumut. Sememangnya aku amat menyukai laut. Sempat juga mengambil gambar anak-anak daraku di sana. Singgah juga di gerai jualan hasil laut Pangkor. Peluang yang ada sebegini jangan harus disia-siakan. Pengunjung yang datang ke Lumut dan Pulau Pangkor sungguh ramai setiap hujung minggu. Hajat hati nak naik bot ke Pulau Pangkor tidak kesampaian semalam kerana perjalanan untuk balik ke Gerik masih jauh lagi dan memandangkan esoknya adalah hari persekolahan.
Lumut...akan aku singgahi lagi nanti...InsyaAllah.
Pulau Pangkor....nantikan kedatanganku dan keluargaku.
10 ulasan:
ehm...duduk asrama mmg selalu hilang barang..adik MV kain pelikatnya kawan buat sarung bantal...huhu
smoga dia sntiasa dilindungi dan cepat belajar berdikari.. :)
Mrs Velentine, huhu...
ejulz, mudah-mudahan...AAMIIIIN.
Aku pun pelik La...anak aku pun sama...hilang memanjang....dulu kita macam tak je kan...
dok asrama oleh buat anak kita lebih menghargai masa bersama keluarga.. hehehe
salam lawatan balas :-)
terima kasih sbb sudi follow blog dieya. i follow u back!
duduk kat asrama mmg biasa kes hilang barang. masa sekolah dulu spender pun tulis nama.. takut kena curik.. hahahah
mana gambarnya... hehe... nak gak tengok suasananya... :)
Mana pegi dah lama menghilang....bukan barang-barang anak hilang ni.... dengan mak-mak nya sekali hilang hehe
Mana pegi dah lama menghilang....bukan barang-barang anak hilang ni.... dengan mak-mak nya sekali hilang hehe
Catat Ulasan