"Dan tiadalah Aku menzalimi hamba-hamba" (Surah al-Qaf: Ayat 29)
Kerana ini maka diharamkan kepada hamba-hambaNya melakukan sebarang kezaliman, samada terhadapNya dan terhadap diri mereka sendiri mahupun kepada orang lain.
Kezaliman ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya,atau memperlakukan suatu yang bukan haknya atau miliknya dengan ketiadaan mendapat keizinan dari yang berkenaan.
Kezaliman ada dua bahagian:
Pertama: Kezaliman diri yang paling besar bahayanya ialah syirik (penyengutuan dengan Allah SWT)
Firman Allah:
"Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar." (Surah Luqman: Ayat 13)
Kedua: Kezaliman seorang manusia kepada orang lain.
Sabda Rasullullah dalam khutbahnya pada hajinya yang penghabisan:
"Sesungguhnya darah kamu dan hartabenda kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini pada bulan kamu ini pada negeri kamu ini:
Assalamu'alaikum blogger yang seagama dengan MD
Tulisan di atas MD petik dari kitab Hadith 40
Faham ko blogger
Kalau tak paham moh doreh pi mengaji
Pu Azman memang layak juara Mimbar Pencetus Ummah 2014
Selamat Tinggal Memori 2014
Mustahil kita dapat melalui semula tahunMu ini Ya Allah
Segala-galanya adalah milikMu jua
Engkaulah yang Menguasai setiap detik dan waktunya
KepadaMu kami berusaha dan dariMu jualah kami perolehi
Syukur Ya Allah di atas teguranMu
Jadikanlah kami dikalangan ahli-ahli syurgaMu
Aamiiiiin.
2 ulasan:
aaminn
Anum,syukuran atas aaminn nya
Catat Ulasan