SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Sabtu, 13 Februari 2016

AZAM ULANGTAHUN 2016

Semoga hari- hari mendatang aku bertambah kuat dan tabah mengharungi perjalanan kehidupan setelah usiaku genap ke 44 tahun ini berkat hasil perkongsian hidup dengan seorang lelaki bergelar suami dan empat orang zuriat yang semakin membesar dan mematangkan diri

Azamku bila dah mencapai 44 tahun hidup ini adalah ingin terus memantapkan ibadah kepada Allah SWT

Suami dan anak-anak adalah pemberianNya 

Perlulah aku mensyukuri semuanya

Emak yang masih ada turut aku syukuri 

Walaupun arwah bapa telah tiada di dunia ini selama 29 tahun aku kagum dengan emak yang masih mampu menggalas tugas untuk menjagaku dan keluargaku

Inilah kehidupan walau ada bahagia sedih kita adalah milik Allah Yang Esa

Semoga negara kita selamat dari ancaman musuh-musuh Islam

Semoga ekonomi rumahtangga kita bertambah dan mencukupi

Semoga anak-anak kita adalah anak-anak yang soleh solehah

Semoga dosa-dosa mendapat pengampunanNya

Assalam semoga kesudahan kita adalah kesudahan yang baik-baik

1 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Itulah yg dikatakan sebuah kehiduan Laila.
Yg lepas tinggal kenangan yg baru kita lalui dan berdoa moga terus diberi semuanya dgn kebaikan

ps: kakak dah banyak kehilangan nombor tel. sahabat blogger kerana telefon kakak rosak dulu. No. tel Mama Mia pun sama dah lost contact:(