MenCari Damai
Jumaat, 8 Disember 2017
Sabtu, 29 Oktober 2016
BERENCANA BAGAI APA-APA PUN PERENCANAAN ALLAH SWT MENGATASI SEGALA-GALANYA
ASSALAMU'ALAIKUM KEPADA PEMBLOG YANG BERAGAMA ISLAM
Setelah beberapa purnama tuan punya blog ni bertapa......
Maka akhirnya keluarlah jua dia dari pertapaannya.
Banyak benda dan peristiwa yang ditempuhinya selama tempoh dia bertapa, ada yang suka dan ada jua duka.
Banyak ilmu dan pengalaman yang dterimanya.
Sekian lama dia bertapa bersama kurniaan kesihatan yang baik daripada Penciptanya. Hidupnya semakin dimakan usia namun semangat yang kental untuk terus berjuang membela nasib keluarga dan zuriat keturunannya, dia terus bangkit setelah jatuh dek kerana kesilapan yang telah berlaku.
Nah! itulah lumrah kehidupan. Panas tidak akan berpanjangan, hujan dan badai akan datang berselang-selangan. Namun setelah itu dia beroleh rahmat dan hidayah daripada Allah SWT Pentadbir sekalian alam.
Tuan empunya blog akan meneruskan pertapaannya lagi mungkin, mungkin juga dia akan munculkan diri bila-bila ada perlunya. Hidupnya yang semakin dimamah usia yang hanya hidup untuk menghambakan diri untuk PenciptaNya. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi hari ini,esok dan lusa, hanya yang dia tahu semalam adalah realiti kehidupannya. Mana mungkin dia dapat mengubah realiti semalam cuma apa yang dia dapat berusaha semoga hari ini, esok dan lusa akan lebih baik daripada semalam.
akhir kalam semoga pemblog semua akan diberikan kehidupan yang bahagia dan sentosa dunia dan akhirat. Aamiiiin.

Sabtu, 13 Februari 2016
AZAM ULANGTAHUN 2016
Semoga hari- hari mendatang aku bertambah kuat dan tabah mengharungi perjalanan kehidupan setelah usiaku genap ke 44 tahun ini berkat hasil perkongsian hidup dengan seorang lelaki bergelar suami dan empat orang zuriat yang semakin membesar dan mematangkan diri
Azamku bila dah mencapai 44 tahun hidup ini adalah ingin terus memantapkan ibadah kepada Allah SWT
Suami dan anak-anak adalah pemberianNya
Perlulah aku mensyukuri semuanya
Emak yang masih ada turut aku syukuri
Walaupun arwah bapa telah tiada di dunia ini selama 29 tahun aku kagum dengan emak yang masih mampu menggalas tugas untuk menjagaku dan keluargaku
Inilah kehidupan walau ada bahagia sedih kita adalah milik Allah Yang Esa
Semoga negara kita selamat dari ancaman musuh-musuh Islam
Semoga ekonomi rumahtangga kita bertambah dan mencukupi
Semoga anak-anak kita adalah anak-anak yang soleh solehah
Semoga dosa-dosa mendapat pengampunanNya
Assalam semoga kesudahan kita adalah kesudahan yang baik-baik
Jumaat, 13 November 2015
MASIH RELEVANKAH AKU
ASSALAMU'ALAIKUMWAROHMATULLAHIWABAROKATUH
BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
ALLAHUMMASOLLI'ALAMUHAMMAD WA'ALA ALIHI WASOHBIHIWASALLAM
Lama sungguh memeram,,,,Alhamdulillah dapat juga peluang nak curi-curi waktu yang dah sememangnya sangat mencemburi...(ye sangat la tuh)
Biasalah bila dah lama diperam jadi masam...(peram dengan asam)
Harap-harap masih dapat disambung jangka hayat blogku ini. AMiiin.
Hidup yang semakin menghampiri saat-saat yang pasti.
Masih relevankah untuk aku menulis dan menulis lagi.
Anak-anak yang semakin besar dan usiaku yang semakin hampir untuk mengucapkan selamat tinggal dunia. Penyakit yang singgah pun sudah jadi sebati dengan badan ini, hanya usaha dan tawakkal untuk terus berjuang dalam melayari arus masa dan situasi.
Andai Engkau ingin menjemputku Ya Allah semoga akhir nafasku nanti dapat aku akhiri dengan kalimahmu LAAILAHAILLAULAH....................................................

Isnin, 5 Januari 2015
Tak Ikut Konvoi Bantuan Banjir
Sana sini sumbangan untuk mangsa banjir
Walaupun jarak perjalanan yang agak jauh namun kerana sifat keprihatinan dan kemanusiaan, mereka sanggup berkorban masa dan tenaga
Tidak kira samada bantuan dari badan kerajaan dan swasta malah badan sukarela pun turut sama-sama mencurah bakti dan tenaga mereka
Hikmah dari setiap kejadian
Malah ada pula yang menjejaki kasih silaturrahim setelah berpisah berpuluh tahun
Semoga kerja-kerja amal ini dapat membantu meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh yang berkenaan
MD tidak berpeluang melakukannya
Hanya doa semoga mereka selamat pergi dan balik
Wassalam
Selasa, 30 Disember 2014
Sesekali Apabila Kita DitegurNya
"Dan tiadalah Aku menzalimi hamba-hamba" (Surah al-Qaf: Ayat 29)
Kerana ini maka diharamkan kepada hamba-hambaNya melakukan sebarang kezaliman, samada terhadapNya dan terhadap diri mereka sendiri mahupun kepada orang lain.
Kezaliman ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya,atau memperlakukan suatu yang bukan haknya atau miliknya dengan ketiadaan mendapat keizinan dari yang berkenaan.
Kezaliman ada dua bahagian:
Pertama: Kezaliman diri yang paling besar bahayanya ialah syirik (penyengutuan dengan Allah SWT)
Firman Allah:
"Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar." (Surah Luqman: Ayat 13)
Kedua: Kezaliman seorang manusia kepada orang lain.
Sabda Rasullullah dalam khutbahnya pada hajinya yang penghabisan:
"Sesungguhnya darah kamu dan hartabenda kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini pada bulan kamu ini pada negeri kamu ini:
Assalamu'alaikum blogger yang seagama dengan MD
Tulisan di atas MD petik dari kitab Hadith 40
Faham ko blogger
Kalau tak paham moh doreh pi mengaji
Pu Azman memang layak juara Mimbar Pencetus Ummah 2014
Selamat Tinggal Memori 2014
Mustahil kita dapat melalui semula tahunMu ini Ya Allah
Segala-galanya adalah milikMu jua
Engkaulah yang Menguasai setiap detik dan waktunya
KepadaMu kami berusaha dan dariMu jualah kami perolehi
Syukur Ya Allah di atas teguranMu
Jadikanlah kami dikalangan ahli-ahli syurgaMu
Aamiiiiin.

Sabtu, 27 Disember 2014
Terus Berdoa
Ya Allah, andai ujian ini adalah untuk kifarah dosa-dosa kami, kami redho Ya Allah
Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami
Kami semua adalah hambaMu yang sering leka dan lalai
Ya Allah, berikan kepada kami penghujungnya yang baik
Ya Allah, berikan kepada kami kesudahan yang baik
Ya Allah, kami percaya dengan setiap kehendak dan kekuasaanMu
Ya Allah, berikan kepada kami pengampunanMu
Ya Allah, semoga kami menjadi hambaMu yang istiqamah melalui jalanMu yang lurus
Ya Allah, tunjuki kami jalan yang lurus
Ya Allah, semoga kami menjadi hambaMu di kalangan yang mendapat syafaat nabi kami Muhammad Ya Rasullallah
Aamiiiiin Ya Allah Ya Robbal'alamin.
Langgan:
Catatan (Atom)