SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Isnin, 22 Oktober 2012

PENGANUGERAHAN UNTUK YANG BERJAYA...

Assalamu'alaikum....salam pagi Isnin....yang merupakan hari pembukaan mingguan....

2 hari sudah berlalu tanpa ada pengisian di blogku....walaupun blogku menyepi 2 hari....bukan bermakna aku juga menyepikan daripada rutinku.....apabila blogku sepi....bermakna aku sangat sibuk sekali dengan urusan yang di luar jangkaan.....

Walaupun aku sebenarnya agak kurang sihat sejak 2 hari lepas....tapi selagi hayat dikandung badan....kalau diturutkan sangat pun lagi tak sihat dibuatnya.....setiap kesakitan yang datang itu adalah rahmat ALLAH.

Pagi sabtuku aku isi dengan hadir ke kelas ilmu agama yang merupakan satu aktiviti MUSLIMAH TAMAN EMKAY (yang sebenarnya Taman Desa Permata) tapi disebabkan pemajunya ialah EMKAY (Edaran Intan Sdn Bhd) nama taman ini lebih dekat di hati penduduk-penduduk gerik dengan nama Taman Emkay.Kelas ilmu agama di taman aku ni...agak aktif juga....walaupun aku telah ketinggalan hampir 9 tahun sebenarnya daripada aktiviti -aktiviiti penduduk taman ini....

Petang sabtuku....Abang pula ajak pergi ke pekan Gerik....ikut je la....Along je tak ikut.....setakat pekan Gerik dia kurang berminat...

Malamnya pula....Abang dah rancangkan untuk kami anak beranak ke Kuala Kangsar....."kita pergi pagi-pagi"...aku pun kenala siapkan "kerja-kerjaku "malam tu juga....mana taknya esok seharian tak ada di rumah..."kerja-kerjaku" bukan apa sangatpun...basuh kain baju je...tu pun mesin basuh automatik yang buat...

Kuala Kangsar dengan Gerik...pekannya lebih pesat dengan deretan kedai-kedai jualan pelbagai barangan...banyak pilihan tempat untuk berbelanja bagi orang-orang Gerik ni....ikut selera dan citarasa masing-masing....ada yang suka ke pekan Baling....ada yang suka ke pekan Taiping...ada yang suka ke bandaraya Ipoh....ramai juga yang ke pekan Kuala Kangsar....

Gerik ni....macam jadi tempat singgah je bagi orang-orang yang nak ke Tasik Banding dan Hutan Belum yang agak terkenal. Banyak lagi tempat-tempat yang orang tahu dan nak pergi ke Gerik ni.....aku pun masih kurang arif....

Beli barang keperluan je....jangan boros....balik daripada Kuala Kangsar singgah rumah mertua....sebelum maghrib dah sampai rumah balik...

Hari ni dah sekolah semula....sebelum cuti panjang....anak-anak kena pulangkan buku-buku teks...keputusan  UPSR along yang tinggal beberapa minggu lagi nak keluar....keputusan UPKK angah yang akan keluar dalam masa terdekat ni dan keputusan PKSR angah dan alang juga....SEMOGA ada jemputan lagi ke Hari Anugerah untuk tahun ni...

Sekian, untuk catatan yang dah 2 hari menyepi....

Ada gambar ke?????


TADA.............





3 ulasan:

hainom OKje berkata...

Seronoknya laila ..... dapat tengok anak naik pentas..... seingat Okje sekali je .... masa UPSR tahun lepas.... pas ni tak taulah entah bila agaknya ....hu..hu...

(OKje.... bahasa blog beb!!! he..he...)

nor laila berkata...

ALHAMDULILLAH,sejak daripada masuk ke alam persekolahan bermula usia 5 tahun dan seterusnya...mereka sentiasa dapat penganugerahan...termasukla emak dan ayahnya juga...hainom OKje pun mesti ada sesuatu tu...cuma mungkin dalam situasi yang lain..

nor laila berkata...

anak dapat 5A kan hainom OKje..TAHNIAH untuk anak OKje dan OKje juga...