SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Jumaat, 10 Mei 2013

SETELAH DILUAHKAN

Akhirnya Iffah berjaya ke sekolah....pagi ni nampak keceriaan wajahnya untuk memulakan semula persekolahannya setelah 4 hari bercuti....dilaporkan di sini, hari Isnin dia tak nak sekolah alasannya letih...hari selasa pula memang emak dan ayahnya bagi cuti sendiri sebab nak hantar Hakim, abangnya balik ke asrama (hari Ahad tak hantar Hakim sebab PRU 13, kononnya hari Isnin mungkin dapat cuti...nak hantar petang Isnin...En suami pula kata kita hantar hari Selasa pagi je la...dah terpaksa cutikan anak-anak sekolah hari Selasa tu...yang ni kes emak dan ayah sendiri)..hari Rabu pula Iffah ada temujanji dengan doktor pakar...dah kena minta surat cuti bersebab daripada doktor pula...hari Khamis, sebenarnya Iffah tak ada apa-apa masalah pun untuk bersekolah...tinggal lagi semangatnya je belum kembali....marah dia setakat sampai jam 10 pagi je...lepas tu...lapar la dia...siapa yang nak layan dia makan kalau bukan emaknya ni...kena sejukkan hati dulu ni....baru boleh layan dengan ikhlas....dugaan membesarkan anak-anak.




7 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

In Shaa Allah, dugaan ni mesti berhasil bila anak2 dah besar nanti... ^_^

izan mama mia berkata...

owh gitu ceritanyer... huhu.. in shaa allah next week semangat lor dia nk g skolah tuu

Kakzakie berkata...

Oklah... hari ini dah dapat sekolah..

Puteri Purnama berkata...

sabarlah mama..
dirimu manis dihati anak2..senyum selalu.

MyFreeMinded berkata...

Ohh si Adam pun mula belajar malam tadi, "mmmi, abang emam, ak leh olah sok"... memandangkan di pelat.. Ummi, abang demam, tak boleh sekolah hari esok... amboi dah pandai nak excuse.. tapi pergi jugak sekolah tadi... hehehe..

hainom OKje berkata...

Samalah macam anak aku La....dah kena sawan tak nak sekolah pulak.... asyik tak mo sekolah je... banyak cantik...geram aku... bapaknya asyik nak bagi cuti agung! geram tau!

Kesuma Angsana berkata...

kerenah anak2 yer