SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Khamis, 9 Mei 2013

SEMENTARA ADA LAPANG DAN RUANG

Pagi ni agak membara sedikit...sebab Iffah Nur Aina, anak ke tiga tak mahu ke sekolah....hukuman daripada emaknya ni...jangan nak tengok tv atau main....duduk dalam bilik je....dapat upah cubit juga....

Semalam dia tak sekolah juga sebab ada temujanji dengan doktor pakar berkenaan dia masuk wad pertengahan bulan Februari lalu....doktor beri 3 bulan lagi tarikh temujanji untuk mengesan penyakitnya adakah serius atau tidak...doktor pun tak berikan apa-apa ubat...cuma kalau dia ada masalah pernafasan doktor suruh bawa ke hospital untuk rawatan....

Masalah anak yang ke tiga ni....kalau dalam 5 hari persekolahan tu 2 atau sehari je dia ke sekolah....yang lain tu...duduk di rumah....ada masanya dia betul-betul tak sihat....dan yang jadi nak marah kat dia ni bila ada masanya dia kata malas.....pernah juga dia kata letih dan yang jadi naik angin satu badan tu bila dia naik lemak pulak tak nak ke sekolah.....

Emaknya ni la yang kena talipon cikgu kelasnya.....kalau dia betul-betul sakit....kalau dia malas tu memang tak talipon dah la....tak kan emak nak bohong cikgu pulak.....

Bila ada surat cuti sakit daripada doktor....tak pulak dia beri kat cikgu pulak tu....tapi cikgu dia percaya kalau dia ada penyakit sebab waktu dia di wad hari tu cikgu kelas dia ada melawatnya....Alhamdulllah dapat cikgu kelas yang sebegini...

Sekarang ni jadi satu bab yang harus emaknya ni selesaikan......penyakit malas dia untuk ke sekolah....


5 ulasan:

pink.plate.liyana berkata...

macam-macam ragam anak ni kan..mesti pening kepala mommy..hehe

izan mama mia berkata...

hai kak laila..sorry sesangat hari tuu..tak jumpa cr rmh akak..mmg lorong permata 2 tu jalan sehala jer...ada gak pusing2 lorong tapi dok kalut hubby kata dh nak magrib takkan nak g rumah org masa magrib kan...ehe...sorry sesangat..xper tahun depan..mmg dok gerik terus...uhu...nnt kita jumpa kat kfc jelah..nampak cantik dah kfc tuu dl xder bahagian atas tuu....

izan mama mia berkata...

hai,..anak akak sakit apa ?... mg tak merisaukan..tapi kalau malas nak g sekolah mmg patut risau... kan...

hainom OKje berkata...

Samalah macam TLBD penyakit 'rajin' ke sekolah.....geram!

MyFreeMinded berkata...

ragam anak bongsu kot... hehehe