SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Selasa, 1 Januari 2013

DENYUTAN NADIKU KE TAHUN 2013

ALHAMDULILLAH....aku masih lagi di sini....di ambang detik tahun 2012 melabuhkan tirai dan tahun 2013 mengambilalih meneruskan detik-detik kehidupan makhluk ciptaan ALLAH SWT....WA SYUKURILLAH....aku masih lagi diberi usia yang panjang....semoga usiaku di tahun 2013 nanti lebih bermakna dan memberikan kebahagiaan di dalam kekeluargaan.

Yang pastinya anak sulungku akan memulakan alam remajanya. anak ke duaku pula akan bertarung dengan peperiksaan umum UPSR 2013, anak ke tigaku akan menjadi perintis ke arah menamatkan peeriksaan umum UPSR dan anak yang terakhirku akan melangkah kaki ke alam prasekolah.

Yang masih lagi berlegar-legar di fikiran sekarang adalah......menghantar anak sulung memasuki alam sekolah menengahnya. SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN KAMI. AAMIIIIN.

Itu sahaja azam pencapaian untuk 2013 ini....tak mahu merancang dan memikirkan lebih jauh lagi....bimbang hajat tak kesampaian...sekadar meneruskan kehidupan dan menambah baik ekonomi dan kesejahteraan keluarga.



Memulakan detik tahun 2013 ini dengan kalimah.....










Dan kalimah yang seterusnya.............












YAKINLAH,











AAMIIIIN YA ROBBAL'ALAMIIIIN.

10 ulasan:

ahkakbatik berkata...

Selamat Tahun Baru Laila... insyaAllah semoga kita semua di dalam keberkatan Nya utk tahun ini dan seterusnya... take care.

Unknown berkata...

WA...nor laila org pertama jejak kaki di laman kak zan sempena tahun baru. Happy new year dear!

Aminn....

MyFreeMinded berkata...

Insya Allah semoga semua urusan dunia dan akhirat dipermudahkan Allah. Anak saya yang sulong keep on puji doa yang kedua tu cantik. :)

Tanpa Nama berkata...

Selamat Tahun Baru 2013.

Semoga tahun ini kehidupan Laila sekeluarga terus bahagia.

Unknown berkata...

ahkakbatik, terima kasih Linda...Semoga selamat untukmu jua...

Norhaizan hakim, ALHAMDULILLAH..berbaloi juga saya bersengkang mata semalam terjah blog Norhaizan hakim ni. Semoga selamat untukmu jua.

myfreseminded, InsyaAllah. Aamiiiin. Kirimkan salam assalamu'alaikum buat anak sulung tu. Semoga doamu untukku itu menjadi milikmu juga.

Kunang-kunang, AAMIIIIN. Buat kakak juga ya.

mama maman aka yana berkata...

selamat tahun baru kak.. :)

Mrs Velentine berkata...

selamat tahun baru...wah anak akak dh besar dah...nice to know akak

Unknown berkata...

mama maman aka yana, semoga selamat buat mama maman aka yana sekeluarga juga.

Unknown berkata...

Mrs Velentine, terima kasih juga sebab sudi menjadi pengikut dan pengulas setia...semoga selamat juga buat Mrs Velentine sekeluarga.

OKje berkata...

Senanglah tahun ni duk rumah sorang-sorang pagi-pagi... apa lagi turu!! he..he..