SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Rabu, 12 Disember 2012

CERMIN DIRI SESEORANG ialah AKHLAKnya

Sudut PERIBAHASA disambung kembali...

Duduk Seperti Kucing, Melompat Seperti Harimau - Kucing adalah binatang peliharaan yang jinak. Duduk seekor kucing ialah bertertib dan penuh sopan. Manakala harimau pula dikategorikan sebagai binatang liar yang tangkas dan garang. 

Peribahasa ini membawa maksud seorang yang pendiam tetapi pantas dan tangkas dalam melakukan pekerjaannya.

Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:
           Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.
                                                                        (Surah al-Furqan : ayat 63)

Kesimpulannya, AKHLAK ialah cermin bagi diri seseorang. Usaha dengan gigih untuk menjadi orang yang akan berbakti kepada orang lain. Hiasi diri dengan akhlak yang indah seperti rendah diri, hormat menghormati, menghargai dan sebagainya, nescaya kita akan dikasihi manusia dan diredai Allah S.W.T.

3 ulasan:

Unknown berkata...

As salam wbt Laila,

Sebaik-baik akhlak adalah baginda Rasullullah SAW... Jika umat islam mencontohi baginda alangkah amannya dunia :))

OKje berkata...

Sangat setuju .....akhlak adalah cermin diri...tapi kadang tu terlepas dari landasan jugak.... ketawa melahai-lahai ha..ha..

Unknown berkata...

Marya Yusof,InsyaAllah...

hainom OKje, Rasulullah pun ada waktu ketawa juga tapi ikutla adab Rasullullah ketawa ye hainom...(ingatan untuk aku juga ni)