SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Selasa, 11 Jun 2013

WAHAI JIWA YANG TENANG....

LAYAN SIARAN HALAQAH.....bersama Prof.. Dr.Muhaya Hj. Muhammad, Ustaz Badlishah dan Ustaz Tarmizi (bekas peserta Akademi Al-Quran)...walaupun buka siaran dah hampir tamat....ALHAMDULILLAH dapat juga sesuatu untuk pengisian taman-taman syurga hari ini....

Bila dapat tonton tv memang seronok.....sambil mengemas rumah juga tau....alangkah seronoknya lagi kalau tak perlu nak kemas rumah setiap masa....eh boleh ke....kalau aku la, memang tak boleh....setiap masa rumah mesti berkeadaan kemas....kalau tak kemas alamat berserabut kepala ni....biar tak makan tapi rumah kemas....haha...macam ni la perangai si ibu ni....yang mahukan rumah sentiasa berkeadaan kemas....nak buat apa-apa pun boleh asal saja berkeadaan kemas....sehinggakan anak pun nak masukkan ke tabika KEMAS...walhal tadika pasti ada....tapi memandangkan bayaran bulanan yang perlu dikeluarkan dan muridnya yang seramai 80 orang....aku hantar anak yang kecil sekali ni ke tabika KEMAS...asal saja namanya bersekolah di alam pra persekolahan....mana-mana pun elok....betulkan....asal saja si anak dapat menyesuaikan diri di alam pra persekolahan....PASTI pun bagus juga.....apa-apa pun bila CIKGUnya bagus, sekolah mana-mana pun bagus.....

Wahai jiwa yang tenang.....datangla kepadaku....yang sememangnya dahagakan ketenangan itu.....

Tips daripada Prof. Dr. Muhaya:

1. Sayangi semua orang.
2. Ikhlas dengan semua orang.
3. Maafkan semua orang.
4. Memberi (pemberian yang baik-baik) kepada semua orang.

Tips daripada Ustaz Tarmizi:

1. Baca Al-Quran bersama maknanya sekali.
2. Zikir kepada Allah.
3. Buat solat tahajud tengah malam.
4. Berkawan dengan orang-orang yang baik.

Daripada Ustaz Badlishah pula selaku pengerusi siaran:

Tonton HALAQAH kalau tak tonton rugi...setiap hari SELASA jam 9.00 pagi...

4 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

salam
singgah pagi selasa
sory sangat2 hari ini anum bz skit

Kakzakie berkata...

Kalau Prof Muhaya dan Ust Badlishah siapa tak suka. Cakap-cakap mereka penuh dgn pengisian...

Anak-anak kakak semua ke tadika Pasti.

hainom OKje berkata...

Aku suka Ustaz Badlishah tu La...dia tu kelako...kalau dia bagi ceramah mmg best!

Nora Karim berkata...

suka dgr ustaz badlishah tu bg ceramah... pernah sekali dpt dgr face to face... mmg tak kering gusi dibuatnya...