SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Khamis, 26 September 2013

BATUK YANG SETAHUN SEKALI


2 hari sudah Mak didatangi batuk ni. Minggu lepas Mak dah rasa badan Mak ni lain macam je daripada kebiasaannya.Kepala Mak sakit je minggu lepas dan hidung pun rasa dah seakan-akan nak selesema je serta tekak pun dah terasa perit. Tapi, Mak ni degil, tak nak makan apa-apa ubat lagi, percaya bahawa Mak kurang minum air kosong sebelumnya jadi Mak pun telan la air kosong sampai rasa dah tak boleh nak telan lagi. Itu la masalah bila dah kena baru nak ingat. Aleh-aleh tak boleh juga akhirnya Mak kalah dengan ubat, dapat telan sebiji panadol dari hospital esoknya rasa ringan sikit kepala dan badan ni. Dapat la sedikit lagi nikmat sihat, dapat melalui detik-detik bersama bonda di kampung dengan adik dan ipar, dengan kakak kandung dan anak-anak saudara, dapat menziarah emak saudara (kakak arwah bapak) dan dapat ziarah ke rumah abang sulung, maklumla raya puasa baru-baru ni Mak balik kampung tolak hari je, tak sempat nak ziarah rumah saudara.

Hari ni Mak dah kehilangan suara, nak ambil M.C (cuti sakit), BOLEH?

Abang sayang Mak tengok Mak tak hidangkan sarapan kemestiannya pagi ni, aleh-aleh dibelinya roti canai mamak. Tapi Mak tak tergamak tak buatkan sarapan untuknya. Selagi masih berdaya Mak gorengkan juga nasi untuk sarapan. Pagi ni menu nasi goreng belacan sebab semalam Mak kisar sambal belacan lebih. Simpan dalam peti ais, bila-bila nak makan sedia dah. Kalau rasa nak makan nasi goreng pedas-pedas boleh digunakan sambal belacan tu sebagai rencah. Tapi hari ni abang sayang Mak tu dah cakap awal-awal pagi tadi dan semalam pun dah disebutnya yang dia akan balik ke rumah FIL selepas balik daripada kerja tengahari ni. Ada surat, kata FIL. Sudah 2 hari surat tu sampai di rumah FIL.

Ayam sudah Mak keluarkan dari peti ais, terkenangkan anak ketiga Mak yang nak makan tengahari berlaukkan ayam, Tak tahula larat tak Mak nak masak lepas ni.

Ok Mak nak tutup bicara. Nak berbicara keluar suara, suara pun dah tak ada. Syukur la, masih boleh menaip di blog Mak ni.

7 ulasan:

Ratu Hatiku berkata...

Ala siannya..semoga cepatsembuh ya.. Amin

Unknown berkata...

Ratu Hatiku, terima kasih, ada juga yang prihatin rupa-rupanya. Aamiiiiiin.

Unknown berkata...

Assalamualaikum kak ....lama tak mai cni...maaf..yer kakak ku sayang..ehe...

mg cepat lega naa...

Farah Waheda Wahid berkata...

get well soon yer...

Tanpa Nama berkata...

ala siannyer moga cepat sembuh yer

OKje berkata...

Dah baik punkan sekarangggggg...
Alhamdulilah....minum air banyak banyak....nanti kesian abang tu tak mendapat .........hehe....dapat nasi gorenglah!......

Unknown berkata...

Izan, Farah dan KA terima kasih la tolong simpati ni...

hainom, betul tu...