SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Isnin, 12 Mei 2014

HARI-HARI ADALAH HARI IBU


Daripada Asma' binti Abu Bakar as-Siddiq R.A katanya, ibuku telah datang ke tempatku sedang dia masih dalam syirik pada masa hayat Rasulullah SAW. Lalu aku pergi meminta fatwa kepada Rasulullah, aku berkata kepadanya ibuku telah datang kepadaku (untuk meminta sesuatu) bolehkah aku menghubunginya? Jawab Rasullullah, "Ya, hubungkan ibumu".


As salam dan selawat buat junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan kedua ibubapanya serta sahabat-sahabat baginda sekalian.


Pagi Isnin yang hening....sesudah melunaskan kerja-kerja pagi di rumah......dapat panggilan daripada anak sulung di SEMESTI jam 7 pagi ni...."Mak, periksa minggu ni.....SELAMAT HARI IBU"......semalam lagi ada panggilan daripadanya tapi tak sempat nak jawab sebab hubby tengah solat Isyak di bilik dan hp pula ada di atas almari solek, nak ambil hp kena lalu depan hubby pula....bilik tidur "sekangkang kera" ibaratnya.

Tunggu-tunggu juga kot dia akan talipon semula lepas prep malam semalam.....tak pula.....bangun tidur awal Subuh tadi hubby tanya, "Hakim talipon semalam?"...nampak ada kerisauan juga...

Tapi naluri seorang ibu berkata-kata, abang nak ucap SHI tu....memang sejak dari usianya 6 tahun setiap tahun dia akan ingat hari lahir emaknya ini dan ucapan SHI tu dan buat kad ucapan sendiri untuk emaknya ini....semoga abang akan menjadi anak lelaki tunggal emak yang soleh.

Tak semestinya ucapan Selamat Hari Ibu tu dibuat setahun sekali.....semestinya hari-hari dalah hari ibu...tarikh sempena hari Ibu tu pun dah ada kontroversi dan menyalahi pula dengan kepercayaan umat Islam.

Jadi jangan pula kita sebagai umat Islam menyamakan hari Ibu ini dengan adat dan kepercayaan orang-orang kafir. WANAUZUBILLAHIMINZALIK.

Bila abang berjauhan dari emaknya ni....ingatkan tiada lagi kad untuk Ibu....rupa-rupanya anak-anak sekarang telah terdedah mindanya.....di sekolah cikgu ajar nak buat kad hari Ibu.....makanya ada juga sekeping kad hari ibu daripada anak-anak yang bersama di rumah ni....berwakilkan anak yang kecil sekali, usianya 6 tahun pada 7.11 nanti.....bila tengok kakaknya buat kad hari ibu....dia cemburu nak buat sendiri juga....tup-tup siap sekeping kad hari ibu hasil tangan kecilnya tu...comel sungguh!

Jadi seronok pula Aisyah buat kad ucapan.....sampai kad SELAMAT HARI BAPA pun ada untuk ayahnya...

SUNGGUH AKU MENSYUKURI NIKMAT ZURIAT PEMBERIAN DARIMU YA ROBBI.




6 ulasan:

Anum berkata...

assalamualaikum
singgah pagi , minggu nie anum bz sangat

Nurulhidayah berkata...

Salam Isnin... jenjalan dan follow sini #50 :)

Unknown berkata...

Anum, mulanya kak main teka je yang Anum ni bz dengan kerja.....tapi rupa-rupanya ada cerita hebat di sebalik tekaan tu.....BARAKA ALLAHU LAKUMA...

Unknown berkata...

Nurul Hidayah....tk banyak menjadikan #50 tu....ingin mengenali blog NH lebih dekat...Insyaallah.

OKje berkata...

Rindu yeh dengan abanggggg...hehe...
Betul tu La....Hari ibu bagi kita yg beragama Islam adalah setiap masa dan tiap tiap harikan...

Unknown berkata...

hainom, anak ni bila depan mata tak berapa nak layan tapi bila dah jauh-jauh tu..ha baru tahu la...