SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Selasa, 30 Disember 2014

Sesekali Apabila Kita DitegurNya

"Dan tiadalah Aku menzalimi hamba-hamba" (Surah al-Qaf: Ayat 29)



Kerana ini maka diharamkan kepada hamba-hambaNya melakukan sebarang kezaliman, samada terhadapNya dan terhadap diri mereka sendiri mahupun kepada orang lain.



Kezaliman ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya,atau memperlakukan suatu yang bukan haknya atau miliknya dengan ketiadaan mendapat keizinan dari yang berkenaan.



Kezaliman ada dua bahagian:



Pertama: Kezaliman diri yang paling besar bahayanya ialah syirik (penyengutuan dengan Allah SWT)



Firman Allah:



"Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar." (Surah Luqman: Ayat 13)



Kedua: Kezaliman seorang manusia kepada orang lain.



Sabda Rasullullah dalam khutbahnya pada hajinya yang penghabisan:



"Sesungguhnya darah kamu dan hartabenda kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini pada bulan kamu ini pada negeri kamu ini:



Assalamu'alaikum blogger yang seagama dengan MD



Tulisan di atas MD petik dari kitab Hadith 40



Faham ko blogger



Kalau tak paham moh doreh pi mengaji



Pu Azman memang layak juara Mimbar Pencetus Ummah 2014



Selamat Tinggal Memori 2014



Mustahil kita dapat melalui semula tahunMu ini Ya Allah



Segala-galanya adalah milikMu jua



Engkaulah yang Menguasai setiap detik dan waktunya



KepadaMu kami berusaha dan dariMu jualah kami perolehi



Syukur Ya Allah di atas teguranMu



Jadikanlah kami dikalangan ahli-ahli syurgaMu



Aamiiiiin.




2 ulasan:

Anum berkata...

aaminn

Unknown berkata...

Anum,syukuran atas aaminn nya