SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Sabtu, 29 Oktober 2016

BERENCANA BAGAI APA-APA PUN PERENCANAAN ALLAH SWT MENGATASI SEGALA-GALANYA

ASSALAMU'ALAIKUM KEPADA PEMBLOG YANG BERAGAMA ISLAM

Setelah beberapa purnama tuan punya blog ni bertapa......
Maka akhirnya keluarlah jua dia dari pertapaannya.

Banyak benda dan peristiwa yang ditempuhinya selama tempoh dia bertapa, ada yang suka dan ada jua duka.
Banyak ilmu dan pengalaman yang dterimanya.

Sekian lama dia bertapa bersama kurniaan kesihatan yang baik daripada Penciptanya. Hidupnya semakin dimakan usia namun semangat yang kental untuk terus berjuang membela nasib keluarga dan zuriat keturunannya, dia terus bangkit setelah jatuh dek kerana kesilapan yang telah berlaku.

Nah! itulah lumrah kehidupan. Panas tidak akan berpanjangan, hujan dan badai akan datang berselang-selangan. Namun setelah itu dia beroleh rahmat dan hidayah daripada Allah SWT Pentadbir sekalian alam.

Tuan empunya blog akan meneruskan pertapaannya lagi mungkin, mungkin juga dia akan munculkan diri bila-bila ada perlunya. Hidupnya yang semakin dimamah usia yang hanya hidup untuk menghambakan diri untuk PenciptaNya. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi hari ini,esok dan lusa, hanya yang dia tahu semalam adalah realiti kehidupannya. Mana mungkin dia dapat mengubah realiti semalam cuma apa yang dia dapat berusaha semoga hari ini, esok dan lusa akan lebih baik daripada semalam.

akhir kalam semoga pemblog semua akan diberikan kehidupan yang bahagia dan sentosa dunia dan akhirat. Aamiiiin.


Tiada ulasan: