SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Jumaat, 9 November 2012

BERINGAT SEBELUM KENA

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT kerana kesan daripada rawatan memang tidak sebaik mencegah...walaupun setiap kesakitan sememangnya diturunkan Allah... namun Allah juga sudah terlebih awal memberikan peringatan bahawa setiap kesakitan itu ada ubatnya...Malah LEBIH BAIK...ia diatasi atau dijauhi atau dicegah sejak awal lagi.

"HENDAKLAH KAMU MENUTUP SEBARANG BEJANA (BEKAS) KERANA ADA SATU MALAM DALAM SETAHUN, TUHAN TURUNKAN BALA, MANA-MANA BEJANA YANG TIDAK TERTUTUP, MAKA BALA ITU HINGGAP PADANYA"- Sabda Rasulullah saw (Riwayat daripada Muslim dan Ahmad)

Sebenarnya ini adalah sudut hadis dan falsafah Alakadar Sahaja...(untuk pengisian di pagi dan hari jumaat yang menjadi penghulu sekelian hari)

Setiap sesuatu yang Allah timpakan pada kita adalah sebagai peringatan untuk kita yang kadang2 terleka....tetapi jika kita cepat tersedar akan hal itu....cepat2 la beristighfar dan berdoa mohon agar Allah angkat semula bala tersebut.

Macam hal yang berlaku sekarang ini, banjir2 besar kerap berlaku....KENAPA?????

Ada pula desas -desus mengatakan yang tak lama lagi negeri Perak dan Selangor akan jadi seperti Pulau atau langsung tak ada dalam peta Malaysia.....boleh percaya tak????? nak percaya atau tak nak percaya langsung itu terpulang kepada diri masing2, Alakadar Sahaja pun macam rasa nak percaya tapi bukan percaya kepada ramalan itu....sekadar percaya yang qada dan qadar Allah sahaja.

Qada dan qadar Allah kita wajib percaya kerana itu adalah menjadi Rukun Iman...kalau kita tak percayakan qada dan qadar Allah bermakna tak lengkaplah IMAN kita.

Kadang2 terfikir juga dalam kepala ni.....bukankah perkahwinan itu adalah yang sebenar2nya jodoh ketetapan Allah....tetapi kenapa ada yang sanggup bercerai daripada hubungan suami isteri mereka....

Ada pula falsafah kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di siang hari. Mengapa ada yang mengambil langkah perpisahan lebih baik daripada bersama-sama selamanya...

Mengambil langkah beringat sebelum kena???? banyak perkara yang berkaitan dengan tindakan ini. Boleh jadi...

1- Untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang
2- Untuk menjaga kesihatan sebelum datang penyakit
3- Untuk menjaga maruah diri

Apa yang Alakadar Sahaja...dapat simpulkan di sini bahawa kita hendaklah sentiasa MENGINGATI ALLAH kerana hanya ALLAH sahaja yang menentukan segala-galanya. Tugas kita ialah menjalani kehidupan ini sehingga ke akhir hayat kita mengikut garis panduan yang menjadi ikutan kita iaitu AL-QURAN dan HADIS. sekian, wassalam.

Jom tengok kejadian yang berlaku di kampung Alakadar Sahaja yang AKS(Alakadar Sahaja) dapat daripada muat turun laman muka buku kekanda AKS.



8 ulasan:

hainom OKje berkata...

Macam laut jadinya AKS.... cantik.....tapi kesiankan.... ni dekat ngan rumah ke tak?

nor laila berkata...

tak la dekat sangat dengan rumah tapi merupakan jalan utama nak keluar ke bandar. Sebenarnya kawasan kampung saya ni di kelilingi dengan lautan.

Mia Liana berkata...

risau juga ni... kadang2 ujian boleh datang tanpa diduga..

p/s: belum terima emel lagi... http://www.mialiana.com/2012/11/senarai-blogger-yang-terpilih-segmen.html

hainom OKje berkata...

Singgah sat sini.... tengok apa cite sahabat ni!

nor laila berkata...

badan kurang sihat sekarang ni...sedang mengalami batuk...doakan saya cepat sembuh ye...

hainom OKje berkata...

Patutlah senyap je ...Minum air banyak2 ....moga cepat sembuh!

nor laila berkata...

Mia Liana,betul-betul.Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku walau dalam sesaat pun...

nor laila berkata...

hainom OKje,ALHAMDULILLAH,setelah 9 hari...batukku ini nampak ada tanda-tanda nak berkurangan,semoga akan beransur sembuh.Aamiiiin.