SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Khamis, 8 November 2012

SENYUM PUN JADI SEDEKAH

Atas permintaan pengomen tegar dan merangkap sahabat setia Alakadar Sahaja...

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM.

Apa yang aku buat ni dah 6 hari tak menaip kat sini...sibuk sangatkah aku??????...ke kekeringan idea?????...kalau ada yang nak tahu,aku sedang menyiapkan kerja-kerja di rumah je..ada juga keluar waktu selepas asar ikuti kelas ustaz...pagi tu je yang selalu aku penuhi waktu untuk catatan di blog ni...tapi sengaja aku menyepikan diri sebentar waktu...tengok ada tak insan yang merindui...tup-tup tengok, ada bertambah seorang lagi pengikut blog Alakadar Sahaja...penulis blog yang meletup! Smile...Smile...Smile...Mialiana.com,akhirnya....terpandang juga mia pada tulisanku...terima kasih mia...

Tak dilupakan juga buat gurukah aku @ tunzhotspot...saya sangat berterima kasih kerana andalah yang membuka sayap untuk saya terus menulis, juga buat catatan pendek,Ummi Amirah...catatan kak sangat padat buat saya.

Hainom OKje...lagi lah...dah dapat anugerah pengomen tegarku...asyik bertanya je...kenapa aku dah tak berapa nak suka-suka seperti Lailasuka-suka...dulu, sebenarnya kan OKje, dah lama sangat saya tak berlaman muka buku...banyak perkara yang rakan-rakan kongsikan saya terlepas pandang...jadi saya peruntukkan waktu tak menulis di blog tu untuk bersama-sama rakan-rakan laman muka buku saya...

Hari ni,saya nak menulis tentang peribahasa yang sebenarnya sangat menjadi kegemaran saya tentang bahasa      

"Kita baru mencari pengayuh, orang sudah tiba di seberang"

Apabila seseorang yang mahu menyeberang sungai dia boleh menggunakan perahu atau sampan. Pengayuh atau pendayung digunakan bagi menggerakkan sampan atau perahu itu. Ada orang yang terlalu pantas sehinggakan belum sempat kita mencapai pendayung, dia sudahpun sampai ke seberang.

Maksudnya ialah orang yang bijak dan proaktif akan mendahului orang lain di dalam melakukan sesuatu pekerjaan.


Peribahasa atau pepatah melayu ni sesuai sangatlah untuk penulis-penulis blog semua.....ok Alakadar Sahaja..nak mengundur diri dulu hari ni...semoga dapat menulis lagi...selamat meneruskan rutin kerja masing-masing...selamat maju jaya untuk semua...

Sambung....

Ingatkan sudah kekeringan idea dah...aleh-aleh,sudah je selesai masak tengahari tadi idea datang lagi,tadi tulis macam "melepaskan batuk di tangga" sahaja,tajuk apa yang sesuai pun tak tahu apa nak tulis...dah tak ada nak lekatkan gambar sebagai penyeri...

Sebenarnya orang kalau baru jumpa Alakadar Sahaja...ni selalunya kata yang aku ni sombong,lepas tu akan kata yang aku ni peramah pula orangnya....yela,kadang-kadang tu bila rasa gembira aku akan jadi orang yang peramah dan akan sentiasa senyum...sebab pernah ada orang labelkan aku ni....orang senyum, tapi aku tak sedar bila masa aku senyum dan bila masa aku tak mahu senyum. Bila aku tersedar yang aku tak senyum barulah aku akan senyum,tapi..senyum orang yang bahagia dengan senyum orang yang sedang berduka sama je ke....sekarang ni jarang rasa-rasanya nak jumpa orang yang suka senyum...betul ke...kalau tak tak kan lah sampai orang buat kempen senyum jangan tak senyum tu...kalau di hospital Manjung Perak tu...mottonya tegurlah saya kalau saya tak senyum...hah, sampai macam tu sekali kan.

Apa yang biasa kita buat bila je bangun daripada tidur? ada tak orang yang akan senyum sebaikje bangun tidur? yang aku sedar aku akan senyum bila tengok Siti Aisyahku bangun je daripada tidurnya dan aku akan berikan ucapan salam kepadanya...kalau dia pun akan balas senyumanku dan menjawab ucapan salamku,bermakna Siti Aisyahku akan sihat untuk hari itu. Tapi, kadang-kadang tak sempat aku nak senyum dan beri salam kat dia...dia dah merengek dan kadang-kadang menangis dulu...dah jadi satu kerja nak memujuk dia dulu.

Mampukah aku untuk senyum lagi hari ini dan esok? ada orang yang kita tengok dia sentiasa ceria. Apakah dia memang orang yang bahagia sentiasa? atau dia adalah orang yang suka membahagiakan orang lain?

Satu lagi peribahasa untuk hari ini sebelum tiga beradik tu balik dari sekolah,

"Tukang tidak membuang kayu"

Seorang yang pandai membuat barangan berasaskan kayu dipanggil tukang kayu. Biasanya, seorang tukang kayu adalah seorang yang sabar dan tekun menjalankan aktivitinya. Seorang tukang kayu yang berwibawa amat mementingkan kos dan jimat dalam membelanjakan wang. Kayu-kayu lebihan semasa membuat sesuatu barangan tidak akan dibuang begitu sahaja kerana lambat-laun kayu-kayu itu akan digunakan untuk membuat barangan lain.

Pepatah melayu ini bermaksud orang yang cerdik selalunya berhemat dan berhati-hati di dalam melakukan sesuatu.

Jom ikuti lagi peribahasa-peribahasa Alakadar Sahaja...untuk tulisan-tulisan seterusnya. InsyaAllah ada idea ada la lagi.....





2 ulasan:

OKje berkata...

Wah!!!! sekali menulis bukan main panjang lagi!...macam peribahasa keluar....he..hee

Yelah kan bila idea tgh datang, baik lempiaskan dalam bentuk tulisan, nanti kalau dah tak de idea, 6 hari membisu tanpa kata...he...he...

Selamat Menulis sahabatku.....

Unknown berkata...

Kalau ada tulisan2 baru menyusul tu bermakna mood baik le tu...sebab kalau menulis dalam situasi baik,tulisan pun jadi baik begitupula sebaliknya...harap2 mood baik sentiasa...terima kasih sahabat keranamu aku masih mahu menulis.