SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Jumaat, 14 Disember 2012

AKU,TANAMAN DAN KAWASAN

Bab tanam menanam .....aku memang suka sangat bab ni.....

Setahun lebih aku duduk di rumahku ini, ada jugala aku menanam....tanam pokok serai,kunyit,limau purut,kari,pandan,kangkung,kesum,cekur dan mangga. Kesemua yang ni ALHAMDULILLAH menjadi...yang tak menjadi pokok labu,pisang,cili,kucai dan tomato. Bukan luas sangat pun kawasannya....tapi daripada asyik nak kena beli je...baik tanam sendiri. Untung-untung bebas daripada racun....ye la tanam sendiri ni tak perlu nak sembur racun apa-apa...cuma taruh baja je...bajanya pun bukan daripada baja najis-najis haiwan tu...

Daripada asyik berkipas dalam rumah perlu juga keluarkan peluh ni....baru rasa sihat badan ni... kalau semangat nak berkebun di belakang rumah dah datang. Berkebun di belakang rumah kurang sikit gangguan orang lalu lalang....itu pun sebelum tanah yang ada di belakang dapur ni ditutup dengan simen.(bila sampai hajat nak luaskan sedikit ruang dapur).

Tinggal di kawasan rumah teres ni masalah ruang tak cukup luas....tu yang kena tambah ruang depan dan belakang...nak tambah atas pun boleh juga....ruang loteng la....ada gunanya tu..untuk dijadikan stor simpan barang. Bila tercapai hajat hati nak tambah ruang depan dan belakang tu nanti....tiada lagi pokok-pokok yang kutanam....yang terselamat hanya pokok mangga...sebab aku tanam di seberang jalan...

Teringat aku pada pokok limau kasturi yang aku tinggalkan di rumah sewa lama....kes tak boleh nak bawa...sebab dah besar...buahnya lebat dan tak pernah putus....sayangnya aku tak tanam pokok limau kasturi lagi sekarang...harapkan beli je la...kalau nak guna limau.

10 ulasan:

miz ruha berkata...

sy tak rajin bab menanam ni... hihi..

Kunang-Kunang berkata...

Salam Laila,

Seronok boleh menanam keperluan kita hari2 kan.

Akan suka juga menanam ni.

nor laila berkata...

miz ruha, nak buat macamana...sibuk kot..

Kunang-Kunang, betul-betul, kalau setakat serai dan daun pandan tu....sapa-sapa pun boleh kan...seronok kan kalau ada tanaman herba di samping tanam bunga-bungaan..naik seri rumah tu.

hainom OKje berkata...

La...aku langsung tak de pokok yg aku tanam....semuanya org tolong tanam...aku tinggal beli he..he..

baguznet berkata...

Betul, mmg seronok kalau dapat tanam keperluan dapur di sekitar rumah. Secara tak langsung rumah jadi indah selain sumber dapur yg jauh dpd kesan kimia

mama maman aka yana berkata...

slm.. dpt gak mama terjah blog laila.. hehehe

kwsn umah mama takleh nak bercucuk tanam almaklum hidup kat umah apartment.. huhuhu

hainom OKje berkata...

Beb...senyap je nampak!

nor laila berkata...

hainom OKje, kalau ada kawasan nak bercucuk tanam tu apa salahnya hainom...dapat merasa hasil titik peluh menanam sendiri...seronok...

mama maman aka yana, as salam. terima kasih..sudi juga terjah blog asal ada saya ni...eh, duduk di apartment pun boleh....tanam dalam pasu la...tanam pokok kari ke...pokok pandan pun boleh hidup juga...

nor laila berkata...

hainom OKje, wifi ada masalah la nom...4 ke 5 hari juga tu...bosan pulak bila tak dapat berblog sekarang ni...gua cakap lu(pinjam ayat awak kejap)hehe...

nor laila berkata...

baguznet, betul tu.