SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Ahad, 9 Disember 2012

Usik-mengusik Orang Balik Kampung

Amboi hainom OKje tu.....jumpa je dengan arjunanya terus senyap sunyi.....ke mana kau hainom?
Kalau aku nak tahu kemana dia pergi apa susah talipon terus je dia...tapi tak nak la...ganggu orang je...
Esok ada la dia tu...insyaAllah...
Tak sabar-sabar rakan-rakan blog dia nak tunggu siarannya kan...
Aku pun macam tu la....

Seronoknya orang balik kampung kan...
Giliran aku nak balik kampungku....belum sampai lagi....
Sampai tarikhnya tu...insyaAllah bergerakla aku sekeluarga memulakan perjalanan balik ke kampung nanti...

Kebiasaannya aku sekeluarga akan bergerak memulakan perjalanan balik ke kampung seawal jam 7 pagi.
Pernah waktu nak balik kampung untuk berhariraya aidilfitri baru ni...seawal jam 6.30 pagi. Tapi kerana mesti abang mesti singgah rumah kedua orang tuanya dahulu...perjalanan sebenar kami akan bermula dalam jam 7.45 pagi. Apa-apa pun..bila nak memulakan perjalanan jauh ni biarla semuanya teratur dan jangan tergopoh-gapah. Bersalaman mohon restu kedua orang tua jika masih ada. Doa mohon selamat perjalanan dan naik kenderaan jangan dilupakan.

2 ulasan:

OKje berkata...

Hu..hu... ni ha! hainomokje dah balik dah....ha..ha... La.. bila arjuna dah ada malas le nanti kena perli kalau asyik tgk tab blog!

Unknown berkata...

hainom OKje, betul la tu, jangan abaikan kehadiran dia...