SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Selasa, 11 Disember 2012

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawatnya



Banyaknya nyamuk...tu kan nyamuk Aedes....tengok  nyamuk tu hisap darah geram, rasa  nak tampar  je.

Nyamuk aedes tu kan pembawa demam denggi. Teringat pengalaman aku duduk di wad tahun 2011, jaga anak aku yang kecil bila dia demam panas dan doktor kata kemungkinan denggi. Pengalaman tu bertambah lagi bila kakaknya pun demam di rumah waktu aku di wad dan keesokannya apabila aku suruh abang bawa jumpa doktor dan doktor sahkan anak kedua ku mengalami demam denggi. Bayangkan macamana nak jaga anak yang berusia 2 tahun dan 10 tahun duduk di wad. Selang beberapa jam(aku dah lupa yang ni) kena ambil darah. Keadaan yang mencemaskan apabila anak yang berusia 10 tahun tu akan menggigil apabila malam, aku yang pertama kali menjaga anak duduk di wad kes denggi ni sangat-sangat takut dan risau. SYUKUR ALHAMDULILLAH ketabahan dan kekuatan jiwa membantu....tidak lama kami di wad kuarantin cuma dua hari dua malam, selepas tu anak-anakku dipindahkan ke wad luar. Di wad luar sehari semalam selepas tu anak-anak aku disahkan selamat daripada denggi. Untuk mempercepatkan sembuh dari demam denggi, pesakit perlu minum banyak air. Semoga pengalaman ini pertama dan terakhir buat keluargaku.AAMIIIIN.

4 ulasan:

ahkakbatik berkata...

denggi ni memang bahaya. take care anak2 dan family selalu!

Unknown berkata...

ahkakbatik,betul tu, mencegah lebih baik daripada merawat...pengalaman mengajar erti sebenar kehidupan..

OKje berkata...

La... orang kata makan sup ketam pun bagus! cepat menaikkan sel darah putih!

Unknown berkata...

hainom OKje, itu la, ALhamdulillah jiran sebelah rumah ada hantarkan ke wad...pertama kali makan anak aku tu..lepas tu abangku tolong masakkan sup ketam untuk dia...itu pun jenuh aku ajar..kalau tak kena denggi tu tak makanla sup ketam...kan sedap sup ketam..