SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Rabu, 12 Disember 2012

KEBUNKU


kumohon kukongsikan gambar ini ye..

Apa yang mengingatkan sangat aku bila terlihat sahaja gambar ini....pengalaman aku ke kebun di kampung...waktu aku di alam kanak-kanak aku sering mengikut emak dan arwah ayah ke kebun koko milik keluargaku. Aktiviti rutinku apabila hari cuti sekolah...tolong emak dan arwah ayah di kebun, tapi sekarang kebun tu bukan lagi seperti dulu...tiada lagi pokok koko...yang ada pokok-pokok sawit sahaja...keadaan kebun yang dulunya menyamankan kerana adanya parit dan airnya...kini sudah menjadi kering kontang...rimbunan dahan-dahan pokok-pokok koko sudah tiada...kini hanyalah dahan-dahan pokok sawit yang kurang menyamankan suasana kebun itu...aku merindui detik itu...yang sudah berpuluh-puluh tahun berlalu...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam kenal.

Terima kasih sudi singgah dan jadi kawan blogger saya.

OKje berkata...

jarang mengikut emak abah ke kebun tapi selalu main pondok2 dalam kebun getah...

Unknown berkata...

cantik la gambar ini

Unknown berkata...

Kunang-kunang, sama-sama...cantik,menarik dan tertarik tengok orkid.

hainom OKje, main pondok-pondok...seronok kan..

izan mama mia, betul tu...memang macam ni cahaya matahari bila dalam kebun...cuma banyak nyamuk je la...yang mengganggu ketenangan.