SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Khamis, 20 Disember 2012

PENANTIAN YANG SUDAH SELESAI

Menyiapkan satu perkara untuk Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013

Setelah menanti satu tawaran kemasukan ke tingkatan 1 untuk anak sulungku...akhirnya pada tanggal 16 Disember 2012 baru-baru ni, anak sulungku mendapat tawaran ke SM SAINS TELUK INTAN...setelah berhempas pulas....terjawab satu persoalan yang akan membuka lembaran untuknya ke alam sekolah menengah...walaupun dia ada juga memohon untuk memasuki MRSM dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama...dia kena akur dan bersyukur rezekinya adalah di SM Sains Teluk Intan sepertimana yang dia mohon untuk memasuki SBP sebelum keputusan rasmi UPSR 2012.

Segala persiapan dan persediaan hendaklah sempurna sebelum tanggal 7 Januari 2013....walaupun jarak yang agak jauh namun senang bagi keluargaku untuk balik ke kampungku di Sabak Bernam...ALHAMDULILLAH.

Semoga ALLAH SWT akan mempermudahkan segala urusan kami. AAMIIIIN.

4 ulasan:

hainom OKje berkata...

Tahniah ye cik Laila.... terjawab dah soalan OKje!

nor laila berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nor laila berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nor laila berkata...

hainom OKje, terima kasih...emaknya dulu tak merasa pun..dapat hantar anak je sekarang...Mudah-mudahan..AAMIIIIN.