SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Selasa, 25 Disember 2012

SIAPA YANG TAK SUKA MAKAN NASI TU

Tanggal 11.10.2012 aku memulakan bersiaran di ruangan blog dan bermakna sudah 2 bulan usia blogku....berbanding dengan penulis blog lain yang sudah bertahun-tahun lamanya....InsyaAllah umurku panjang....ada la lagi siaran blogku...itu pun semoga laptop "acer" ni...terus berbakti untuk tuannya.

Jam 10 pagi aku dah makan untuk hidangan menu tengahari...disebabkan semalam aku cuma sempat masak nasi dan goreng telur dadar untuk sarapan pagi kerana sibuk dengan aktiviti ke luar rumah...balik rumah makan tengahari... nasi dengan kari ikan kelmarin ...sebelum keluar ke hospital sempat goreng ikan dahulu...balik rumah makan petang...nasi dengan ikan goreng dan keropok ikan yang sempat aku beli di kedai froozen....sampai-sampai rumah je terus goreng keropok ikan tu...makan dengan nasi cicah dengan sos...malam ...makan burger ayam "special".

Pagi ni buat sarapan nasi goreng macam biasa...tapi sikit sangat cukup untuk abang sarapan sebelum ke kebun...lepas mengadap laptop pagi-pagi....sambung tidur sekejap je...terus ke dapur masak nasi,goreng telur dadar (menu wajib) dan masak gulai labu....buat sambal kicap (cili dan bawang putih sebiji)...sambal kicap ni sesuai dimakan dengan apa sahaja...ulam timun mesti ada....siap.

Selesai makan terus capai buah rambutan yang kuambil dari kampung kelmarin....sempat bagi kat jiran sebelah dan kawan anak je semalam.. terus kopek kulit dan sedia untuk dimakan anak-anak sambil menonton tv...tapi dengan syarat makan nasi dahulu...

Macam ni la keadaan aku yang lebih mengutamakan makan nasi daripada makan mee hoon atau mee. Bukan apa nasi tu kan lebih elok berbanding yang lain-lain tu yang telah diproses dan diawetkan...kalau di tempat aku ni memang ada dijual nasi berlauk awal pagi...tapi aku tak beli pun...masak sendiri lagi menjimatkan dan puashati. Kalau dah teringin sangat kat mee hoon atau mee atau keow teow barula dapat menikmati. Di rumah stok yang mesti ada mee maggi dan spagetti....tahan lama dan mudah dinikmati.


6 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

salam kenal tuan rumah..

lain org lain seleranya kan..kat rumah saya ni nasi dimasak seminggu sekali ja...jarang2 amik nasi...

nor laila berkata...

Kamsiah, as salam salam kenal salam ukhwah...itu yang saya nak tahu sangat tu...macamana ye..memang semuanya tak berapa suka makan nasi sejak azali ye..

hainom OKje berkata...

La...rumah aku ...nasi pun acara wajib jugak...he..he..

nor laila berkata...

hainom OKje, abang aku hainom kalau masak benda lain pun dia nak cari nasi juga...sudahnya nasi menu wajib la.

izan mama mia berkata...

saya kalau sehari tak makan nasi,..mau nak pitam...mmg tak lena selagi tk makan nasi

nor laila berkata...

izan mama mia, kita memang seangkatan...