SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Selasa, 25 Disember 2012

LAGI MEMENUHI KEPERLUAN ANAK-ANAK

Misi aku diteruskan dengan menyiapkan keperluan anak-anak sebelum cuti sekolah berakhir.

Pagi ni, selesaikan urusan pembelian buku-buku tulis.lencana,tanda nama,tali leher dan t-shirt sukan kedua-dua anak perempuanku..Oh mak, ramainya ibubapa...barisan pun agak panjang...akhirnya aku batalkan dahulu....keluar ke pekan untuk membelikan beg sekolah baru untuk 3 anak perempuanku...tak payah beli yang mahal-mahal...anggaran bawah RM30.00 je.....anak yang kecil tu angarkan bawh RM15.00 je...banyak lagi RM nak guna...anak-anak pun faham..ALHAMDULILLAH...habis bab tu...belikan pula bekas pensil yang baru...ha, anak-anak sekarang ganti tahun baru barang sekolah pun nak ganti baru juga...lain sungguh dengan zaman aku dulu....tambah lagi keperluan untuk anak sulung yang nak melangkah ke sekolah asrama...belikan penyangkut baju,bekas sabun,dan berus nak membasuh...selesai lagi satu bab.

Nak kejar masa sebelum 12.30 petang, kena bereskan juga agenda yang tertangguh awal pagi tadi...sempat lagi....selesai beli buku-buku tulis dan sebagainya untuk 2 daraku.ALHAMDULILLAH.

Petang pula, uruskan pemeriksaan kesihatan anak di hospital kerajaan. Kalau nak cepat boleh je buat di klinik swasta...tapi, buat apa nak keluarkan kos lebih...ada yang percuma...tapi dengan syarat ambil waktu petang....segalanya pasti cepat dan pantas....selesai...buat pemeriksaan "urine",X-ray dan mata...ALHAMDULILLAH ok...jumpa doktor...cuma anak aku ni ada masalah tonsil....doktor nasihatkan buat rawatan selanjutnya jika anak aku ni kerap demam dalam setahun...ALHAMDULILLAH...proses pemeriksaan kesihatan anak aku dah selesai.

Sambung berbelanja sakan...beli beg sekolah untuk anak lelaki ni pula...pagi tadi dia tak ikut...tu yang beg sekolahnya tak beli lagi...beli kasut kulit hitam bertali dan bertumit...ha, ni la kasut sekolah dia nanti...tak ada kasut putih dah...lepas tu...anak lelaki aku ni mulala nak mengendang nak tambah seluar treknya...beli juga...tak tahan nak dengar merengek dah...aku pun tumpang sekaki, beli sehelai pakain dalamku.

Dah tak larat dibuatnya...rasa nak balik rumah sangat dah....sebab anak kedua pula tak ikut...tak biasa nak tinggal anak lama-lama di rumah sendirian....sambung lagi di lain hari selagi cuti sekolah panjang belum tamat dan barang keperluan sekolah anak-anak belum lengkap.

6 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Salam Laila,

Ramai ibubapa yg sedang sebok menyopping keperluan sekolah anak2 sebelum sekolah buka.

Zaman ni kak ani dah terlepas

nor laila berkata...

Kunang-kunang, as salam kak, orkid dah siram pagi ni...seronok kan menanam pokok orkid...dulu Laila ada juga berjinak-jinak menanam orkid...tapi tak menjadi la tanam pokok bunga ni...kalau pokok kaktus menjadi pula..

Ye la kak, sana-sini ibubapa sibuk berbelanja sakan untuk anak-anak buka sekolah semula...

Laila ni...InsyaAllah umur panjang...masih panjang lagi masanya nak menyamai zaman kak Ani sekarang...

hainom OKje berkata...

Wah bizi ye cik laila hari ni....

nor laila berkata...

hainom OKje, macam tu la...semoga semuanya beres.

izan mama mia berkata...

anak saya kecik lagi...tak sabar nk rasa shoping gitu

nor laila berkata...

izan mama mia, yang kecik tu la shoping sakan kot..hehe