SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Jumaat, 4 Januari 2013

BILA AKAN AKU DAPATKAN MASA DAMAIKU ITU

Alamak buka-buka blog malam ni, tak ada komen menunggu untuk disiarkanlah pulak....tak pe la......dah awak pun tak rajin singgah blog orang dan buat komen le tu....nak buat macamana dah betul-betul sibuk la katakan...orang lain sibuk jugak...tapi boleh pun...lain padang lain belalang, lain orang lain ....eh apa ye dah lupa pulak.

Sebenarnya banyak sangat yang aku hendak khabarkan dalam aku bersiaran malam ni...yang sepatutnya aku dah kena masuk tidur sebab esok aku akan memulakan perjalanan balik ke Sabak Bernam....tapi walaupun tangan dan jari-jarini dah penat buat kerja-kerja sejak dari awal subuh hingga ke tengah malam ni belum berhenti rehat lagi...nak juga aku menulis di ruang blogku untuk hari ke 4 di dalam tahun 2013 ini.

Sudah 3 hari persekolahan bermula aku masih lagi belum dapat ruang masa yang sangat mendamaikan dan melapangkan otak dan fikiran lagi....lepas sibuk kerja-kerja jahit menjahit uniform, sibuk pula kerja-kerja balut membalut buku teks dan malam ni kerja-kerja menyiapkan barang-barang untuk anak sulung yang nak masuk ke asrama.

Kerja-kerja dobi mendobi pun tak habis-habis disebabkan cuaca yang tak panas semalam....esok dah nak kena tinggalkan rumah untuk 3 hari...kerja-kerja mendobi baju sekolah mesti siap....kalau la ada pembantu rumah.....rehat sedikitlah badanku ini....badan dah rasa macam nak demam selesema dibuatnya...tu pun sempat lagi balik kampung sekejap petang tadi kait buah rambutan untuk buah tangan emak di kampung esok....YA ALLAH BERIKAN DAKU KESIHATAN YANG BAIK YA ALLAH..AAMIIIIN.

Sejak 2 minggu lepas aku diserang penyakit gatal...entah apa jenis penyakit ni...tiba-tiba je timbul bengkak-bengkak kecil lepas tu merebak..gatalnya hanya Allah yang tahu....nak ke hospital tak sempat lagi...sekarang ni bila dah tak tahan menanggung gatal, aku telan ubat alahan atau gatal....barula sembuh....tapi dah 2 minggu tu...apa ke jenis penyakit aku sekarang ni....mungkin aku alahan pada sesetengah makanan yang aku makan kot...tapi apa dia ye...............

Dan sekarang aku terpaksa berhenti dahulu bersiaran buat beberapa hari disebabkan aku mungkin akan lebih sibuk untuk hari pendaftaran anak sulungku ke SM Sains Teluk Intan. Rakan-rakan blogku yang aku sayangi...tolong doakan agar anak sulungku ini akan selesa dan selamat di sekolah pilihannya ye....terima kasih....


InsyaAllah semoga kita dapat berblog lagi nanti....dan semoga aku akan dapatkan masa lapang dan damaiku...

6 ulasan:

hainom OKje berkata...

Banyak sangat makan rambutan kot...he..he...

Biasalah La... mana ada emak yang boleh relax.... selagi duk umah tu, selagi duk umah emak tu mmg takkan boleh relax... kalau gi bercuti barulah boleh berehat...

Semoga anak selesa disana!

nor laila berkata...

hainom OKje, mungkin juga tu...sebab banyak sangat makan rambutan....percuma la katakan....eh! ada nom, pengalaman daripada apa yang aku dah tengok sendiri...si emak tu boleh rehat...anak yang berusia 7 tahun tu seterika baju,basuh kasut,suap adik-adik makan,buat susu adik-adik,basuh pinggan..boleh katakan kerja-kerja yang rumah tu anak yang 7 tahun dan merupakan anak yang sulung tu buat kesemuanya...si emak sekadar duduk dan mengarah sahaja...aku tak sanggup la nak buat setakat ni nom, kesihan juga kat anak-anak kan....kalau sekali-sekala tu tak apa la kot...

Mudah-mudahan nom, AAMIIIIN.

myfreeminded berkata...

Sesekali boleh suruh anak2 buat tapi kalau sokmo2 tutak sanggup lh pulak nak suruh anak2. Hehe, ke saya ni jenis memanjakan anak, tapi kalau memanjang suruh anak2 buat seme2 keja, cam orang gaji lak anak kita tu. Dah lari tujuan kita melahirkan dia. Pendapat saya yang bengong2 ni lah hehe

hainom OKje berkata...

7 tahun macam kecik lagi je...ha'a...sian pulak!

nor laila berkata...

hainom OKje, sekarang ni budak tu dah pun berusia 10 tahun...aku tengok budak tu dah macam ambil alih tugas emak dia dah...emak bagi alasan mudah je...emak tak larat...semoga aku akan jadikan perkara ini sebagai perkara yang minta dijauhkan Allah untuk akan tergamak melakukan anak kecilku sebegitu.

nor laila berkata...

myfreeminded, saya kadang-kadang tu ada juga suruh anak-anak buat kerja-kerja rumah...tetapi dengan niat untuk mengajar mereka berdikari seandainya apa-apa terjadi pada saya..mungkin siemak itu berniat sama dengan saya kot...tapi tak sepatutnya setiap hari dan masa...anak itu pun letih juga..