SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Isnin, 7 Januari 2013

BEGINIKAH RASANYA APABILA BERJAUHAN DENGAN ANAK

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bersiaran lagi aku.....setelah kepenatanku hilang..................

Tidak sesekali aku akan menampakkan airmataku di hadapan anak sulungku.....TAHAN.....

Tetapi selepas saja sampai di rumahku....mengangkat kain-kain jemuran yang aku tinggalkan di luar rumah selama 3 hari....aku pun mengambil sedikit masa untuk berada di biliknya.....tanpa kuduga airmataku berjurai-jurai melepaskan segala-gala yang dapat kutahan daripada pagi tadi....manakah boleh seorang ibu untuk berjauhan dengan anak kandungnya......

Demi anak yang ingin menimba ilmu yang diidamkan aku bersabar dan redha dengan takdir ini.....SEMOGA ANAKKU TIDAK AKAN PATAH SEMANGAT DI TENGAH JALAN DAN BERJAYA MENGHABISKAN TEMPOH PEMBELAJARANNYA DI SANA. Aku akan sentiasa mendoakan untuk keselamatan dan kejayaannya.

Dengan jarak yang akan mengambil masa 4 jam daripada rumahku ke sekolahnya manakan aku mampu melawatnya untuk saban minggu......mungkin 2 minggu sekali pun tidak....

YA ALLAH, hambamu ini hanya mampu merancang.....semoga mudah bagiku untuk mencapai apa yang aku rancangkan, YA ALLAH.

Hasrat hatiku ingin melawat setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali.....

2 ulasan:

hainom OKje berkata...

Oh...sedih eh...tengah nangis ke tu...he..he.

Saya pun sama La..sungguhpun dekat, baru baru ni nangis jugak...apakira saya nangis je depan dia...sebab kat rumah selalu bergaduh...bila nk berpisah sedih pulak..

nor laila berkata...

aku pun sama Nom, sedih sangat...sebab anak lelaki seorang tu je la...