SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Khamis, 10 Januari 2013

AKHIRNYA WAKTU MENDAMAIKAN AKU TIBA JUA

Jangan disia-siakan.....bukan senang nak senang....

Siap jemur kain untuk basuhan hari ini...4.30 petang jemur kain....kira okay lah hari ni...biasanya selepas maghrib atau isyak....Siti Aisyah pun tidur pula petang ni...abang pula habis kerja petang nak balik rumah orang tuanya....kira waktu damai untuk aku mengadap laptop dengan tujuan untuk bersiaran di blogku....

4 hari berlalu dengan anak sulung berada di asrama yang jaraknya 4 jam perjalanan....InsyaAllah lusa aku akan melawatnya kerana pada hari Ahadnya diadakan hari bersama keluarga oleh pihak sekolah.

Siti Aisyah semakin seronok bersekolah....

Waktu yang mendamaikan ini tiba dengan nyaman sekali....jiwaku kurasakan tenang.....berbeza dengan semalam yang sangat padat....dengan aktiviti mencuci kereta selepas menghantar Siti Aisyah ke sekolah...sebelah petangnya pula terpaksa keluar ke pekan untuk membelikan seluar pendidikan jasmani alang dan seluar panjang putih untuk along( pengetua suruh pelajar pakai seluar panjang putih pula untuk uniform hari Isnin)...sekolah anak sulung ni hari-hari uniform bertukar...Isnin-kemeja putih lengan pendik dan seluar panjang putih, Selasa-kemeja putih lengan pendik dan seluar panjang hijau, Rabu-pakaian unit beruniform, Khamis-kemeja batik sekolah dan Jumaat-baju melayu dan sampin sekolah...(sekolah anak-anak zaman sekarang).

Tak sabar rasanya nak tunggu hari Sabtu.....walaupun perjalanan 4 jam...tetapi mungkin menjadi lebih kerana nak menyinggah di Manjung....pasaraya AEON dah dibuka....kalau dulu seronok nak ke Tesco...sebelum tu seronok nak ke Giant...tapi harus berhati-hati dan beringat...pastikan kereta di dalam keadaan selamat...langkah yang terbaik jangan masuk ke pasaraya ini beramai-ramai....seeloknya ambil langkah bergilir-gilir...belajar daripada pengalaman....sebab dah pernah kena kereta di selongkar perompak sewaktu balik dari kampung cuti raya puasa tahun 2010 di pasaraya Econsave Sitiawan....menangis tak berlagu jugala...berkat sabar dan redha...Allah memberikan rezeki yang lain.

Semoga impian menjadi kenyataan.

4 ulasan:

hainom OKje berkata...

Oh...tak sabar le nk melepas rindu dgn anak hujung minggu ni yeh..
Pas tu boleh cuci mata kat Aeon...bermalam ke

nor laila berkata...

ye la nom, bermalam di rumah emak aku la...peluang boleh balik kampung juga ni...hehe

Nastyna berkata...

dah rindu-rinduan..hihi

nor laila berkata...

Nastyna, waktu bersama asyik nak marah-marah je..bila dah berjauhan macam ni...teringat-ingat pula.