SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Rabu, 2 Januari 2013

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013 ANAK-ANAK

Bagaimana hendak aku bersiaran hari ini....sangat penuh jadual aktiviti sepanjang hari ini....aduh....(demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan yang berpesan-pesan dengan kebaikan dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran).

Menyelesaikan 2 tugas utama pagi ini...pendaftaran anak yang kecil sekali ke TADIKA dan penolakan pendaftaran anak yang besar sekali ke penempatan di sekolah menengah harian kerana menerima tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh. ALHAMDULILLAH... 2 tugas utama aku sudah selesai.

ALHAMDULILLAH...anak yang kecil sekali ni mudah untuk kutinggalkan di sekolah TADIKAnya...TADIKA pun nampak dari rumah je...sambil jemur kain sambil menjeling-jeling TADIKA...

Siti Aisyah....mudah-mudahan dia menjadi anak yang kuat semangat untuk melepasi tembok keresahan memulakan alam prasekolah...AAMIIIIN YA ROBBAL'ALAMIN.

Jadual petang membawa ke malam....memenuhi permintaan anak-anak tentang hal-hal berkaitan kehendak mereka agar dijahitkan lencana di tudung dan cangkuk kain yang baru pakai sehari dah nak tercabut jahitannya..(beli siap katakan)...kenala perkemaskan sikit mengikut saiz anak-anak.

4 ulasan:

OKje berkata...

Ho..ho... bizi eh... macam akulah La semalam...bizi ngekor laki ke sana sini!

Unknown berkata...

hainom OKje,sibuk....dari awal-awal subuh hingga ke tengah malam...semua tu untuk anak-anak.

MyFreeMinded berkata...

Syukur lah kalau Siti Aishah senang aje duduk kat sekolah tadika tu, anak saya Haziq, nampak dah selesa dah dia kesekolah, kakak yang tolong hantarkan kata dia dah tak nangis2 dah. Hehe, tapi masa sekolah baru buka last week memang bzy pun, kena sampul buku sampai tengah malam. Dah sesorang tu ada buku sampai 21 buah, termasuk buku latihan yang bertimbun tu, so 2 orang dah kat 40 buku. Diaorang ni pulak selagi x siap sampulkan buku tu, duk melanggut tunggu. Takut tul kena rotan. :)

Unknown berkata...

myfreeminded,zaman saya dulu buku-buku balut sendiri je....