SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Khamis, 28 Mac 2013

3 HARI LAGI WAHAI ANAK

Hampir siap.....gosok baju sekolah anak-anak....aku kena mulakan dulu hal ni....lepas tu anak-anak pun akan faham.....gosok sendiri baju sekolah masing-masing....harap emak gosok semuanya...sampai bila....(ke laut....ke bulan....)..hal-hal lain pun kena emak juga la mulakan dulu....(emak kan jadi contoh anak-anak)....

Apa pendapat anak-anak....

Tidak salah bertanya pendapat anak-anak dalam sesuatu hal malah ia perlu dibiasakan....

7 buah fikiran....

1- Faktor kualiti masa jauh lebih penting berbanding kuantiti masa.
2- Kualiti masa boleh dihasilkan dengan meningkatkan kualiti komunikasi.
3- Meminta pendapat anak berkenaan kualiti kita sebagai ibubapa adalah sunnah dan salah satu bentuk komunikasi berkualiti.
4- Untuk menjayakannya, langkah pertama adalah membina kepercayaan antara kita dengan anak-anak bahawa kita ikhlas bertanya dan tidak meletakkan syarat pada jawapan.
5- Pertanyaan hendaklah diungkai kepada pertanyaan-pertanyaan yang kecil, satu persatu dan tidak bersifat konsepsual yang sukar anak fahami.
6- Berikan peluang untuk anak-anak memikirkan solusi.
7- Ucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada kesudian anak bekerjasama memberikan maklum balas tersebut.

Untuk aku kongsikan setelah aku mendapatinya daripada salah satu majalah di hatiku...pedoman wanita solehah & keluarga sakinah..ANIS

Tulisan daripada Hasrizal Abd Jamil. Perunding Moivasi.
Untuk laman sosial lawati www.saifulislam.com


14 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

:)

hainom OKje berkata...

entri berbentuk ilmiah yang sangat bagus ni La....

Kalau aku di nilai oleh anak2 agaknya...2/10 kot..hehe bis tu asyik nak melenting je bila bercakap! haha

hainom OKje berkata...

La ...aku pun nak plan gosok hari ni...huhu

izan mama mia berkata...

wah dah siap semuanya,..bagusnya

hainom OKje berkata...

Tak de entri baru ke?

nor laila berkata...

Anum, :}

nor laila berkata...

Hainom, kalau macam tu maknanya angin satu badan tuuuuu

nor laila berkata...

Hainom, kalau ko nak nak tahu Nom, aku mulakan kerja menggosok baju-baju sekolah anak ni dari hari ke tiga cuti lagi....tapi tu la....dah banyak sangat pakaian sekolah anak lelaki tunggal aq tu...sampai ke hari sabtu baru selesainya...anak-anak perempuan masing-masing gosok la...anak lelaki ni kena motivasi lebih...

nor laila berkata...

izan, menggosok baju ni satu kerja yang kak kurang minat dari dulu lagi...tapi bila pakai baju yang bergosok rasa seronok pula...

nor laila berkata...

Hainom, berehat dulu la...baru lepas letih balik dari kampung-kampung...nak basuh kain baju dan lipat melipat serta kemas mengemas...

hainom OKje berkata...

oit? hehe...cuti rehat lagi nampaknya,...

nor laila berkata...

Hainom, hehe, masih cuti la..

MyFreeMinded berkata...

Akak, anak2 saya bila nak bercakap mesti akan ada ayat ni dulu "Ummi, kakak nak cakap aje, Ummi jangan marah ye"... apa maknanye tu agaknya.. mengalahkan OKje rasanya angin satu badan..

nor laila berkata...

MFM, tu mesti asal anak buka mulut je..mesti nak naik angin je...dah penat tu macam-macam kan...