SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Isnin, 25 Mac 2013

CUTI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013

Bila anak-anak cuti sekolah seminggu ni....rasa seronok sangat...sebab anak-anak berehat sekejap daripada keletihan bersekolah....tapi kena pastikan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu masing-masing mesti disiapkan...selagi tak siap jangan harap nak main...

Masa ni la...aku berkesempatan untuk melihat anak-anak menyiapkan kerja sekolah mereka....setakat mana kemampuan mereka menerima pengajaran ilmu yang diperolehi di sekolah selama hampir 3 bulan persekolahan...belum tolak cuti seminggu tahun baru cina akhir bulan Februari baru-baru ni...

Cuti sekolah seminggu kali ini aku ada lebih masa dengan anak-anak...berbanding sewaktu cuti seminggu tahun baru cina tempohari....baru aku dapat merasai betapa perlu dan pentingnya masa yang berkualiti bersama anak-anak...

Bila ibubapa mengabaikan masa yang berkualiti bersama anak-anak...anak-anak akan berasa seperti hidup mereka hanya untuk menonton tv sahaja....

Ibubapa sibuk dengan urusan masing-masing sehingga anak-anak merasakan seperti mereka diabaikan dan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja...

Ibubapa hanya tahu bertanya...."kerja sekolah dah siap?"....bila anak-anak kata.."sudah.."lalu ibubapa pun percaya kata-kata mereka..."janji aku dah tanya"....cukup ke....sekadar ibubapa menjadikan itu sebagai satu tanggungjawab mereka...

Sebenarnya apabila kita diuji oleh Allah SWT di atas kelalaian kita....barulah kita akan merasa di mana kesilapan kita di dalam mendidik dan menjaga anak-anak....

Ibubapa juga merupakan cermin anak-anak...menjadi ibubapa yang berguna adalah idola bagi anak-anak...seronok kan kalau anak-anak akan menjadikan kita sebagai idola mereka...

DOA IBUBAPA UNTUK ANAK-ANAK SETIAP KALI SELEPAS SOLAT:

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."

Surah al_Furqan:14


6 ulasan:

Unknown berkata...

minggu cuti sekolah sekarang...

ahkakbatik berkata...

tumpang lalu dan tumpang baca. yea ibubapa ramai yg leka..

OKje berkata...

betullah La....kadang tu sebok berblw...anak 2 pun sebok dgn lappynya....hoho...nanti salahkan diri sendiri ajelah...huhu

Unknown berkata...

miz ruha, seminggu je...tapi tak lama lagi cuti 2 minggu...lagi banyak aktiviti bersama keluarga tuuuu

Unknown berkata...

Linda, sekali air bah sekali pantai berubah...

Unknown berkata...

Hainom, tu la...bila emak ayah leka....anak-anak entah ke mana...