SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Khamis, 4 April 2013

JOM KONGSI

Bismillahir-Rahmanir-Rahim.

Assalamu'alaikum rakan pemblog yang setia....

Diari...diari..diari...

Alhamdulillah.

Apa yang aku hendak taipkan di pagi yang nyaman ini....ialah...betapa tersentapnya hatiku tatkala aku singgah di rumah ahkak batik semalam....diceritakan olehnya tentang abang gapornya beroleh bonus separuh gaji je katanya kerana syarikat majikannya beroleh laba sedikit tahun lepas.....tapi.......bonus separuh gaji abang gapornya mampu untuk anak 4belas tu...berbelanja untuk barang yang kalau harga di Malaysia ni....bonus 1 @ 2 bulan gaji...huhu, itu rezeki ahkak tu....dan tersentap juga apabila diperingatkan olehnya tentang....wang, walaupun dalam poket kita ada...belum tentu itu adalah rezeki kita....apabila kita mampu bersedekah, itulah rezeki untuk kita....dan mungkin wang yang selebihnya rezeki untuk orang lain....apa yang dapat aku jadikan iltizam untuk diriku dan keluargaku juga ni. Terima kasih ahkakbatik ye...atas perkongsian semalam.

Perkongsianku untuk pagi ini...

HUKUM DAN CARA BACAAN AL-BASMALAH

Para Ulamak sejajar berpendapat bahawa hukum membaca Al-Basmalah di setiap awal surah adalah sunat kerana tertulis padanya, kecuali surah Al-Fatihah kerana ia adalah satu ayat daripadanya, maka membacanya pada awal surah Al-Fatihah adalah wajib. Manakala pada surah At-Taubah tidak harus dimulakan bacaan dengan membaca Al-Basmalah kerana ia tidak tertulis padanya dan surah ini diturunkan pada waktu peperangan. Maka memulakan bacaan dengan Al-Basmalah di pertengahan surah atau mana-mana bahagian ayat dalam Al-Quran sesudah awal surah hukumnya adalah sunat.

Berdasarkan sabda Rasulullah (s.'a.w)

Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan : Bismillahir-Rahmanir-Rahim, maka ia terputus (keberkatannya).

Riwayat Abu Daud

Lafaznya : Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

rujukan; buku Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani, Haji Abdul Qadir Leong (Al-Azhari)


6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Betul-betul kakak terlepas pandang yg Suroh At-Taubah tak harus dimulakan dgn Basmallah. TQ for the info... betul-betul kakak hargai.

MyFreeMinded berkata...

Baru tahu kak. tq kongsi ni.

Unknown berkata...

Kakzakie, saya pun kalau tak belajar tentang ilmu Tajwid dan bacaan Al-Quran ni pun tak tahu..bila dah belajar ni..tak boleh buat silap lagi la..wellcome..:]

Unknown berkata...

MFM, wellcome...:)

OKje berkata...

Bismilahirrohmanirrohim
TQ atas perkongsian ini sahabat...

psst...jangan di tangis rezeki yang tak de...huhu...bonus hehe

Unknown berkata...

OKje, sama-sama...
menangis sekejap je...lepas sedih..huhu