SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Isnin, 19 Ogos 2013

ALHAMDULILLAH....AKHIRNYA


Dapat juga saya berjumpa emak,abang sulung dan anak saudara sulung, kakak tunggal dan 5 orang anaknya.

Sungguh besar Kasih SayangMu Ya Allah kerana segera menyembuhkan kaki Abang dan menghantar diri ini untuk bertemu dengan emak di kampung.

Bergerak untuk perjalanan balik ke kampung lebih kurang jam 7.30 pagi, tersasar dari perancangan  waktu yang  Abang tetapkan kerana Abang bagi kata putus petang semalam, jam 6 pagi nak bergerak dari Gerik ke Sabak Bernam.Anak sulung pun dah bising sebab nanti lewat sampai rumah Embahnya dan cuma sekejap je dapat bersantai beraya di sana (walaupun raya dah masuk hari ke 11.

Jam 11.30 pagi sampai di kampung halaman. Alhamdulillah...akhirnya, terlaksana sudah hajat di hati, walaupun sekejap je berjumpa insan-insan penting ini, biar kuantiti masa itu sedikit tapi kualitinya besar sangat.

Gambar dengan kakak tunggal je dapat kongsikan di sini, gambar yang lain tu....jadi tatapan sendiri je la ye.


4 ulasan:

Anum berkata...

selamat pagi
dah sarapan? singgah sini

Ratu Hatiku berkata...

Alhamdulillah... mesti seronok kan..
Selamat hari raya kak.. :)

Kakzakie Purvit berkata...

Yg penting dah dapat jumpa dan tujuan terlaksana kan.. lega dan puas hati pastinya.

OKje berkata...

Akhirnya terubat rindu yg terpendam tu kan....syukur...
Cantik tudung ! Hehe