SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Sabtu, 17 Ogos 2013

TERHARU SANGAT


Alhamdulillah, masih ada pemblog seperjuangan yang sudi menyinggah dan meninggalkan jejak dengan ulasan-ulasan yang sangat memberi semangat untuk meneruskan perjalanan hidup yang entah bila di penghujungnya..Sesungguhnya dengan mengingati kematian diri kita tidak akan terpesong daripada keimanan terhadap Allah. InsyaAllah.

Sebenarnya manusia memang hanya mampu merencana setiap sesuatu yang diinginkan namun hakikatnya hanya Allah jualah yang akan membuat setiap sesuatu itu. Pengalaman saya yang hendak pulang berhari raya ke kampung pada hari ini tidak terlaksana kerana tiba-tiba Abang mengalami sakit kaki dan bengkak di keseluruhan tapak kaki sehinggakan tidak mampu untuk berjalan seperti biasa apatah lagi hendak memandu. Rasa kesal sangat sebab saya tak berani nak memandu untuk perjalanan balik ke kampung. 

Tiba-tiba saya menangis sepuas-puasnya kerana hajat hendak pulang ke kampung halaman dan berjumpa dengan emak terpaksa ditangguhkan. Memang begitukah perasan setiap anak yang sudah bergelar isteri yang kadang-kadang tidak dapat beraya di kampung halaman. Jiwa seorang perempuan yang boleh berhari raya di kampung halaman sebelah suami dengan penuh keikhlasan tetapi apabila tiba gilirannya untuk berhari raya bersama emak kandung yang sudah ditinggalkan suami berpuluh tahun lamanya tergendala. Emak sangat faham situasi yang sedang saya alami cuma saya tiba-tiba jadi terharu sangat dengan kejadian ini.

Bersabar dengan menerima takdir Ilahi kerana di setiap kehendakNya itu tersirat sesuatu yang sangat manis di penghujungnya.

Semoga Abang akan segera diberi kesembuhan seluruhnya daripadaNya kerana itulah permintaan saya daripadaNya. Aamiiiin.

1 ulasan:

OKje berkata...

Rasa mcm dah komen!