SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Rabu, 14 Ogos 2013

MELEKATKAN DIRI SEBENTAR


Assalamu'alaikum sahabat-sahabat pemblog semua......

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan lagi untuk menyedut udara di pagi Syawal yang ke 7 1434H ini.

Masih ada mood raya ye.....raya tahun ini saya menyambut dengan sedikit kesyahduan kerana MIL baru meninggalkan dunia yang fana ini untuk ke alam yang ke tiga iaitu alam barzakh.

Makanya saya belum lagi balik ke kampung saya di Sabak Bernam kerana memandangkan hari raya tahun ini jatuh pada musim cuti penggal ke dua persekolahan. Terpaksalah berkorban sedikit untuk balik ke kampung halaman sendiri kerana nak kurangkan kesesakan dan keletihan di perjalanan nak balik beraya...(kononnya).

Emak di kampung pun faham dengan situasi yang sedang melanda, selanjur nak menghantar anak sulungku balik ke asrama buka sekolah semula nanti, InsyaAllah kami akan bersua. Apa-apa pun ucapan selamat Hari Raya dan bicara minta keampunan telah dilunaskan. Alhamdulillah, cuma raya ni tak berkesempatan lagi untuk menziarahi pusara arwah bapak.

Kepada sahabat pemblog semua terima kasih kerana ada yang prihatin tentang kekosongan N3 yang dah bermusim-musim kebelakangan ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK TAHUN INI MOHON MAAF DI ATAS KESILAPAN DAN KETERLANJURAN SELAMA BERBLOG.

Maaf la ye...photo raya tahun ini tak ada.....tak ada mood nak beraksi di depan lensa...tapi mood berhari raya tak lekang lagi....kedatangan Syawal mesti diraikan dengan kegembiraan dan keinsafan.

Yang penting sekali dalam diari Syawal tahun ini.....saya dan anak-anak sedondon coklat. Alhamdulillah.

2 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

Alhamdulillah, semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik buat kita semua... In Shaa Allah...Amin...

OKje berkata...

Takziah dan al fatehah tuk Arwah...
Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin sahabat!
Nanti kalau dah relax uploadlah yeh!