SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Rabu, 25 September 2013

MENGATUR LANGKAH MENGASPIRASI SYARIAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sejahtera hendaknya ke atas kalian semua.

Bila usia dah masuk ke 40 an ni, barula terkial-kial nak mengasah semula pisau yang mulai tumpul. Hey! jangan ingat Mak nak tikam orang tau, minta dijauhkan perbuatan terkutuk tu oleh Allah.

Ini sebenarnya kes Mak sendiri la, bila dah rasa tak ada kerja nak dibuat, padahal kerja memang berlambak cuma Mak je yang "M", pagi ni lepas je menghantar suami sayang Mak di depan pintu nak ke tempat kerja....Mak pun terus sambung tengok siaran TV Al-Hijrah program apa Mak tak ingat dah sebab Mak baru je tertengok program ni pagi ni bersama Al-Ustaz Mohd Izhar. Mak jarang buka siaran ni pagi-pagi selalunya Mak buka siaran Selamat Pagi Malaysia dan Malaysia Hari Ini je, sebab Mak suka nak dengar cerita-cerita perkembangan semasa di Malaysia ni. Tapi pagi ni suami sayang Mak ni buka siaran TV Al-Hijrah sebelum pergi kerja selepas je sarapan, Mak pun duduk teman tengok sekali. Topik pagi ni ialah "Membuat Tatu Dan Mengubah Gigi".

Dapat la juga penambahan pengetahuan Mak ni, nak Mak perjelaskan di sini rasanya Mak bukanlah orangnya. Cuma Mak rasa pengetahuan ni dapat la Mak mengasah pisau yang mulai tumpul ni, jangan salah faham ye geng!

Di akhir program ni Al-Ustazada menyebut kata-kata yang Mak jadikan tajuk n3 Mak pagi ni. Sebenarnya Mak sangat teruja dengan kata-katanya tu dan yang pastinya itu kata-kata ikut skrip penerbit program tu, apa-apa je la asalkan kata-kata tu adalah yang TERBAIK.

Ok Mak berhenti merapu dulu sebab Mak nak jalankan kewajipan Mak hari ini. Jumpa lagi nanti, InsyaAllah.WASSALAM.