SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Isnin, 23 September 2013

MONDAY BLUES


Bismillahirrohmanirrahim,

Assalamu'alaikum.

Kata orang berkerjaya kalau hari Isnin macam ni mereka akan kata Monday Blues.....hihi

Bagi kaum hawa yang memegang kerjaya surirumah 24 jam  ada  ke istilah Monday Blues juga?

Apa-apa je la, Monday to Sunday, Isnin ke Ahad masing-masing punya hari, masing-masing la yang tahu di mana kekuatan dan kelemahan mereka pada hari-hari tu. Ada yang suka hari Isnin tau jangan tak tahu sebab baginya hari Isnin tu pembuka semangat untukberhadapan dengan hari-hari lain. Ada yang suka hari Sabtu sebab boleh rehatkan diri bersantai di mana-mana tempat kesukaannya. Dan rasanya kalau hari Jumaat tu semua orang pasti suka sebab......ada banyak sebab......antara sebab-sebabnya ialah: waktu kerja yang singkat sedikit sebab waktu rehat panjang daripada hari-hari kerja lain......waktu sembahnyang Jumaat waktu tu kaum hawa masing-masing ada perancangan mereka.....dah kaum hawa tidak disunatkan bersembahyang Jumaat, mereka pun buatla aktiviti lain yang bermanfaat. Manakala hari Ahad pula memang semua akan berasa seronok juga tetapi lepas je terbenam matahari hari tu masing-masing mesti dah terfikir dan terbayang nak memulakan agenda kerjaya masing-masing semula. Masa tu akan terbayang semua bebanan kerja masing-masing untuk menempuhi hari Isnin ke Jumaat atau Sabtu semula. Begitulah perjalanan hidup ini kan, situasinya sama, ibarat roda yang berputar, tak akan ke mana, aleh-aleh jumpa juga.

Mak nak kongsikan doa ini:


PUJI-PUJIAN SEMUANYA KEMBALI KEPADA ALLAH  YANG TELAH MENJADIKAN HARI INI SEJAHTERA DAN TELAH TERBIT MATAHARI DARI TEMPAT TERBITNYA.

YA ALLAH! BERILAH AKU KEBAIKAN HARI INI DAN JAUHKANLAH DARIPADAKU KEBURUKAN HARI INI.

YA ALLAH! TERANGILAH HATIKU DENGAN CAHAYA HIDAYAT-MU SEBAGAIMANA TELAH ENGKAU TERANGI BUMI INI DENGAN MATAHARI-MU TERUS-MENERUSDENGAN RAHMAT-MU WAHAI TUHAN YANG MAHA PENGASIH.

Doa ini dibaca setiap kali selepas solat sunat Israq.

Selepas solat Subuh tidak ada lagi solat sunat yang dibolehkan, kecuali dengan bersebab seperti kerana mengqadhakan solat atau solat jenazah dan sebagainya.

Setelah terbit matahari kira-kira segalah tingginya (anggaran mata), maka disunatkan seseorang itu solat sunat Israq 2 rakaat.

Lafaz niat:

Sahaja aku solat sunat Israq 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.

Solat ini adalah sama dengan solat solat-solat yang lain dari segi rukunnya. Sunat dibacakan selepas surah al-Fatihah pada rakaat pertamanya surah Al-Kaafirun dan pada rakaat kedua selepas membaca surah al-Fatihah sunat membaca surah Al-Ikhlas.

jOM sAMA-sAMA bERAMAL.




4 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

terima kasih di atas perkongsian ini... ^_^

Nurzakiah Hanum berkata...

jom2

nor laila berkata...

Farah Waheda Wahid, :>...

nor laila berkata...

Nurzakiah Hanum, all right!