SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Selasa, 20 Mei 2014

BARAKA ALLAHU LAKUMA

As salam dan selawat buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW,keluarga dan para sahabat baginda.

Baru lepas berjoging dengan geng joging tegar kawan setaman.

Nampak! Mak sudah semangat berjoging sekarang ni....sejak dari bulan Disember tahun sudah....Alhamdulillah, Mak pun sudah ada sedikit potongan...(perasan juga la bila baju-baju lama saiz L dah boleh pakai semula), kalau tak duk berlipat dan bersangkut dalam almari je....

Tu dia! bangga sangat la, baru boleh pakai baju lama saiz L, belum lagi baju lama yang saiz M....tapi sebenarnya baju yang saiz M memang Mak tak ada pun.....

Hemmmmmmmmmmmmmmmmmm.......................................................

Ada ke pemblog yang ke majlis perkahwinan blogger NurZakiah Hanum?

Mak mulanya sentap juga bila dapat tahu yang Anum ni nak bersatu....tapi AMANTU BILLAH (percaya kepada Allah)

Soal jodoh pertemuan dan ajal adalah ketentuan Allah.

BARAKA ALLAHU LAKUMA BUAT ANUM DAN PASANGANNYA.

Sudah 5 hari Anum tak bersiaran.....apakah Anum akan terus bersiaran semula selepas begelar isteri?


Kalau ikut jejak pemblog Izan Mama Mia.....sejak balik ke kampung tanah kelahirannya, bersiaran sekali lepas tu sepi......tapi Mak masih boleh hubungi Izan melalui fbnya dan terus bersembang dalam talipon dengannya.....cuma nak berjumpa bersemuka tu...."malu-malu kucing"....Mak tak ada masalah kalau nak "face to face" dengan Izan sebab kami telah ditakdirkan berkenalan dan kami ada beberapa pertalian yang bukan saudara sekandung tapi ada tersangkut di beberapa hal latar belakang kehidupan....(faham ke apa Mak nak cakapkan ni?)..........apa-apa pun dipendikkan cerita Mak dan Izan sekarang tinggal agak berhampiran.

Semuanya adalah kuasa dan kehendak Allah. Bila kita mengikuti arena pemblog ni....kita akan dapat dan belajar macam-macam hal kehidupan. Yang paling utama 'LAYAN' blog secara bijak dan berhemah.

Ok, Mak nak tutup siaran pagi ni.......buat Anum SELAMAT MELAYARI BAHTERA PERKAHWINAN, SEMOGA BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN HINGGA KE HUJUNG NYAWA SERTA DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH. AAMIIIIIN.




6 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

selamat pengantin baru buat anum dan pasangan, semoga berkekalan sehingga ke jannah...

Unknown berkata...

Farah, AAMIIIIIN.

Tie HT berkata...

salam perkenalan juga dari saya :)
saya memang kenal rapat dengan izan,
juga kenal atas kenal antara kawan2 blog..
moga ikatan ukhwah terjalin sesama kita

OKje berkata...

Wah Mak.....dahsyat mak sekarang jogging sakan...Tak boleh jadi ni mak ni pun nak jogging jugak lew...hari tu dapatlah beberapa hari lepas tu senyap .....ni nak start balik! jeles mak tau!

Unknown berkata...

Tihara, terima kasih atas sambutan salam perkenalan kita ye

Unknown berkata...

hainom,mak jogging dengan sapa erk...