SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Khamis, 29 November 2012

INGIN AKU MENULIS LAGI




Ingin aku menulis lagi......................
Setelah sekian lamanya.....................
Aku menyepi tanpa bicara.......................
Bicaraku.................
Tetap ada,walaupun aku tidak menulis................
Tulisan boleh dibaca..................
Namun bicaraku................
Hanya Allah jua.................

Hatiku sentiasa berbicara.............
Walaupun tidak kedengaran.............
Siapa yang boleh mendengar.............
Hanya Allah jua...............

Andai dapat kutuliskan.............
Semua orang boleh tahu................
Namun apa yang aku dapat?

Orang mungkin boleh memberi banyak anggapan
Tentang apa yang kutuliskan
Mungkin boleh
Dan berkemungkinan juga tidak boleh
Kerana ada banyak maksud yang tersirat daripada apa yang disuratkan

Daripada tiada kepada ada..............
Daripada kosong kepada berisi...............
Daripada sunyi kepada riuh-rendah..........

Orang boleh suka
Dan orang boleh juga jemu
Orang barangkali boleh minat
Dan barangkali juga boleh disebaliknya

Setiap bicara yang kutuliskan
Adalah lahir secara spontan
Di saat jari-jemariku menekan di papan kekunci ini
Aku tidak pernah mereka-reka cerita
Kerana aku memang bukan seorang penulis novel atau cerpen
Tetapi mungkin aku boleh menjadi seorang penyajak
Mungkinkah aku?

Aku sedang mencari rakan
Yang memang boleh memahami aku
Bolehkan aku?

Hanya Allah jua
Tempat untuk aku berbicara sedalam-dalamnya
Kerana hatiku ini adalah milikNya.

5 ulasan:

OKje berkata...

Sebok ke Laila? Senyap je....
Pergh! muncul-muncul je terus berpuisi tu!!

OKje berkata...

Rasa mcm dah komen.....nape tak de ek.... lmbt tido?

Unknown berkata...

sibuk juga la hainom....senyap-senyap berisi....hehe...ada masa terluang ni...boleh la melawat blog...tak kirala dah pukul 2 pagi pun..

Unknown berkata...

hai..sk tido lewat ker...ish..pertama kali singgah cni..salam kenal

Unknown berkata...

izan mama mia..as salam...salam ukhwah..syukran jazilan...saya memang suka tidur lewat...kecuali dalam waktu-waktu yang tidak sihat je saya tidur awal..comel gambar izan dan anak izan tu..