SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Ahad, 9 Disember 2012

Yang Ditunggu Sudah Tiba

ALHAMDULILLAH.

Semalam asyik je aku tertanya-tanya tentang hala tuju sekolah mana anak sulungku ini nak menjejakkan kakinya ke alam sekolah menengah.....lepas je aku tutup kedai(blog la) sekejap sebab perut dah lapar (makan jam 10 pagi)...tak lama lepas tu....tengah aku sibuk dengan urusan di pejabat dapurku tu...posmen ada hantar surat, kalau posmen hantar surat, aku jarang sekali ambil, kalau waktu sekolah Siti Aisyahku tu la yang cepat sangat nak ambil, macam ni waktu cuti sekolah kakaknya yang ambil, tengok-tengok kad jawapan permohonan ke tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak sesi 2013 untuk anak sulung, anak lelaki tunggal aku...alhamdulillah, proses kedua telah menyusul....15.12.2012 ni tarikh dia nak menduduki ujian untuk memasuki sekolah menengah agama. Semoga Allah akan mempermudahkannya untuk urusannya itu nanti. AAMIIIIN.


2 ulasan:

OKje berkata...

Insyaallah di permudahkan!!!

Unknown berkata...

hainom OKje, InsyaAllah..AAMIIIIN.