SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Sabtu, 15 Disember 2012

AJARI ANAK-ANAK UNTUK BERDIKARI

Jam 11 pagi aku sekeluarga dah keluar rumah atas urusan ujian hafazan anak sulung untuk memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Negeri Perak. Sejak dari semalam aku suruh dia hafal surah-surah pendek al-Quran tu....hukum tajwidnya sekali...

Sudahnya dia kena hafal surah Al-Qalam...ada 15 ayat tapi dia boleh hafal 6 ayat je...bab tajwidnya dia kata dia boleh jawab semua...lepas tu dia kena menduduki ujian bertulis...soalan dalam tulisan jawi la...soalan hanya berkisar tentang soalan keperibadian....10 minit dah siap...

Selesai sudah 2 bab berkaitan nak mendapatkan tempat di sekolah berasrama penuhnya....lepas ni hanya tunggu surat tawaran...

Semua ibubapa akan cuba sedaya upaya memenuhi keperluan dan keinginan anak-anak. Banyak tenaga,masa dan wang ringgit di peruntukkan untuk keselesaan dan kemudahan anak-anak. Semua ibubapa tidak mahukan anak-anak mereka leka dengan keselesaan dan kemudahan yang diberikan. Hanya yang semua ibubapa mahukan agar anak-anak mereka belajar sahaja tidak perlu fikir hal-hal yang lain tapi jangan pula ibubapa terleka  asyik mahukan anak-anak belajar sahaja tanpa membuat kerja-kerja di rumah. Didik anak-anak belajar menguruskan diri mereka juga. Melentur buluh biar dari rebungnya. Biar nanti bila sudah dewasa diri mereka akan terbiasa dengan kerja-kerja rumah.

2 ulasan:

OKje berkata...

Ayat alquraan apa yg kena hafaz tu laila?...

Unknown berkata...

Hainom OKje, surah Al-Qalam.