SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Sabtu, 22 Disember 2012

SELAGI TAK LENGKAP ASYIK MEMIKIR

Nak juga buat pengisian terkini...walaupun perlawanan bola piala AFF Suzuki akhir malm ni....disebabkan bukan pasukan Harimau Malaya yang bermain....tak tengok pun tak apa...

Sepetang tadi keluar membeli keperluan anak sulung yang nak ke sekolah berasrama penuh....terbang juga RM200 lebih...tu pun baru baju-baju uniform sekolah dan keperluan pakaian di asrama...belum lagi dengan cadar,sarung bantal,selimut berlogo sekolah,sampin sekolah,baju batik asrama dan keperluan kebersihan dan dandanan diri,keperluan membasuh dan peralatan belajar. Kesimpulannya banyak lagi la kos perbelanjaan yang perlu diperuntukkan untuk proses pendaftaran nanti.

Rasa-rasanya masa aku bersekolah asrama dulu tak lah sebegini banyak keperluannya. Aku buat yang ala kadar sahaja. Aku dulu tak berani nak meminta-minta daripada emak memandangkan emak adalah seorang ibu tunggal dan adik beradik yang lain pun sedang belajar, tapi bila kena batang hidung sendiri mengapa tak sampai hati nak sediakan seperti ala kadar zaman aku dahulu. Bayangkan sekiranya aku buat seperti ala kadar juga macamana jadi agaknya....tak diterima ke nanti dia di hari pendaftarannya...(kalau nak tahu cuba la).

4 ulasan:

OKje berkata...

budak sekarang dgn budak zaman kita bagai langit dgn bumi La! Dpt sekolah mana?

Unknown berkata...

hainom OKje, dapat SM Sains Teluk Intan. Betul,betul....

Unknown berkata...

oo..dh ada anak bujang rupanya..baru dok tau...

Unknown berkata...

izan mama mia, dah tinggi melebihi emaknya pun dah...