SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Sabtu, 8 Disember 2012

Tukar Semangat Baru

Rasa nak ubah tajuk pengatas blog la pula....
Rasanya dah masuk kali ke 4 ni....asal mulanya nor laila....lepas tu Lailasuka-suka....lepas tu Alakadar Sahaja....lepas tu yang ini la....MenCari Damai.....(ada ke yang tak suka)

Sebenarnya tajuk pengatas blog aku ni.....adalah kesinambungan daripada apa yang nak aku catatkan.
Ye la...asal mulanya perkenalkan nama tuan punya blog....lepas tu tujuan nak berblog...lepas tu nak buat blog macamana gayanya...lepas tu....bila tengok blog ni macam sepi je....tu yang ubah tajuk tu....(nak buat macam mana)....yang pasti latar belakang dan gambar pemandangan laut yang aku ambil sendiri menggunakan talipon bimbit kamera kepunyaan encik suami aku tu (yang berjasa sampai sekarang padanya)...tak akan kuubah....

Gambar pemandangan laut tu....adalah mengingatkan aku tentang kampung halamanku.....laut tu sangat dikenali oleh semua penduduk kampungku....walaupun di situ bukan terletaknya kampungku....tetapi itulah laut yang ada di kampungku....lautan dan kehidupan sangat berkaitan.....kalau tak percaya cubala pergi ke laut bila dirundung kecewa....pasti akan terubat dan hilang perasaan kecewa kita tu....jiwa akan tenang setenang air di lautan...kekecewaan akan hilang dibawa ombak di lautan.....

Sudah lama aku tak singgah di situ....kadang-kadang bila balik kampung tak singgah pun....tapi gambar kenangan aku dan abang serta anak-anak sewaktu pertama kali singgah di situ masih lagi disimpan.

Main layang-layang untuk anak-anak memang sangat menyeronokkan di situ....kat situ pun memang banyak dijual layang-layang...macam-macam corak ada....kalau rasa nak makan laksa ke mee udang ke dan yang lain-lain tu....macam-macam ada....kalau adik ipar aku yang seorang tu.....sekali la dengan adik kandung aku tu....mesti singgah situ la kalau balik kampung.

Kalau rasa-rasa nak berdua-duaan dengan suami tersayang.....pergi la ke tengah lautan tu...ada disediakan tempat penginapan yang terkenal dengan nama Kelong....nak memancing di situ pun boleh....kalau berani duduk di tengah lautan pergi la....macam aku dan abang aku ni takutttttt. Aku pula kadang-kadang tu mabuk laut....Tapi hari tu ke Pulau Pangkor ok pulak....seronok....rasa tak nak balik darat pulak dah....

Hemmm...dah panjang meleret dah tulisanku ini....setakat ni je la....sebenarnya nak cakap tentang tajuk pengatas blog aku yang bertukar-tukar tu je...hehe....jumpa lagi di lain tulisan...

4 ulasan:

Intan Mazzuin berkata...

lama tak nampak Laila .. gi Pangkor rupanya ... happy holidays!

Unknown berkata...

KAK INTAN....bagus-bagus....ada juga penulis blog yang nak singgah sini....SYUKRAN..hehe...pergi pangkor tu dah lama benar dah kak...masa ikut rombongan anak saudara abang kahwin dengan orang pangkor...sekarang ni dah anak 3 dah anak saudara tu....hah, lamakan...

OKje berkata...

Patut pun....asyik tukar tukar tajuk je he..he...

Laut memang memberi ketenangan kan!!

Unknown berkata...

hainom OKje, macam nak tukar baju baru juga la hainom...laut dan ketenangan.