SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Sabtu, 23 Februari 2013

SEMINGGU SUDAH

Kalau hari Sabtu lepas aku berada di dalam wad di hospital, hari Sabtu ni genap seminggu sudah aku berpantang......pengalaman berpantang yang lepas-lepas mengajar aku untuk menjalani tempoh berpantang di dalam usiaku yang sudah memasuki 42 tahun pada 11hb. Februari lalu. (Tak sangka hadiah ulangtahun kelahiran ke 42 tahun ini satu pengalaman yang besar)....SYUKUR YA ALLAH.

Jika berpantang yang lepas-lepas ada emak kandung di sisi tetapi berpantang kali ini tidak lagi...aku sanggup menjalani tempoh berpantangku tanpa emak di sisi.....lagipun emakku sudah agak uzur....biarlah emak duduk berehat di kampung.....pengalaman lepas mengajar.....anak-anak daraku pun sudah boleh diharap serba sedikit....abang pun sudah bertambah  matang kali ini untuk membantu aku di dalam tempoh berpantangku.

6 ulasan:

hainom OKje berkata...

Hepy belated birthday La....aku dh lama tak bukak FB....
Eh.... Bukan 41 ke? Salah kira tuuuu hehe...Untung jugak dah ada anak dara besau ni...
Boleh tolong apa yg patut..

nor laila berkata...

hainom OKje, Ha'ah la....salah taip la tuuuu hehe...nak cepat la tuuuu hehe..Anak-anak kita ni bila kita dah jatuh sakit barule tahu nak berdikari...agak-agaknya mereka tu baru sedar kot susah senangnya....itu pun jadi salah satu daripada hikmah yang Allah berikan...

ahkakbatik berkata...

baru nak habaq.. pasaipa 42? bukan 24? huhu...

izan mama mia berkata...

laa..pangkat akak rupanya,..sorry br tau..

nor laila berkata...

Linda, aku nak "withdraw" cepat simpanan KWSP aku....tu yang jadi 42 tu..

nor laila berkata...

izan, pangkat kakak dah ni izan...