SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMANKU...

Jumaat, 26 Disember 2014

Bersedia Segala Kemungkinan Terjadi

MD sekarang mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk segala kemungkinan





Harapan agar Mentari Bersinar Hari ini dan musibah banjir pulih semula





Kain baju pun saban hari tidak kering



Melihat kejadian-kejadian di luar dugaan dari hari ke hari





Semoga Allah SWT mengampuni  dosa-dosa kita.......





Aamiiiin Ya Robbal 'Alamin.

Selasa, 23 Disember 2014

Hujan dan Banjir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selamat Sejahtera Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta sekelian sahabat baginda.

Merata tempat hujan sekarang ni kan....
Hujan sepanjang hari di rumah MD (MenCari Damai)....
Macamana dengan rumah blogger sekalian?
Antara hujan dan panas....antara kemarau dan banjir
Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya
Bila dah lama panas makhluk Allah hendakkan hujan...
Bila dah lama kemarau makhluk Allah tidak mahukan banjir
Banjir tidak akan terjadi dengan sendiri kalau bukan daripada tangan makhluk Allah sendiri yang bergelar manusia
Jadi bila dah terjadi banjir yang diluar jangkaan maka hendaklah perbanyakkan Istighfar ye...
MD cakap ni pun untuk peringatan diri MD juga
Macam-macam berita keluar di dada-dada fb dan wa tentang kejadian banjir di merata tempat sekarang
Di tempat MD sekarang ni pun ada beberapa kawasan yang kena banjir
Semalam FIL pun dah khabarkan air sungai dah naik ke darat nak kena ke rumah katanya....apa lagi berdesup la anak lelaki tunggalnya (merangkap en suami MD la) ke sana untuk selamatkan apa-apa yang patut dulu
Rumah-rumah yang rendah dah dimasuki air tapi rumah ayah en suami tak...selamat la
Ada en suami ambil gambar tp MD bukan wartawan bertauliah jadi tak patut la nak tempekkan di sini ye...hihi
Moral of this story bukan Kelantan,Terengganu je yang dah banjir di negeri Perak pun banjir
MD ni sebenarnya jarang sangat baca paper dan tengok berita tv Pahang dan Johor banjir ke? Hihi tak patut sungguh kan MD tak mengikuti arus negara....
Tapi arus drama tv cinta ibadah yang tengah ditayangkan di astro prima tak boleh miss.... pulak
Ok la na...MD nak berhenti dulu merapu ni...dah lama tak dapat nak n3 biarkan je wordless wednesday ni....dengan rapuan MD tata....jumpa lagi...insyaAllah.

Khamis, 4 Disember 2014

SEMANGAT BLOGGER

Alhamdulillah

Masih ada kesempatan untuk kembali bersiaran di pagi Khamis 

Dek kerana sokongan moral daripada bloggers hebat yang singgah dan meninggalkan komen-komen + + + semalam

Terima kasih Sahabatku

Walau jauh namun dekat di hati

InsyaaAllah musim cuti sekolah ni dapat lah bersiaran semula walaupun banyak duri ranjau perjalanan blogku ini

Bukan mudah nak menggodek-godek pc ni yang sudah pun habis tempoh warranty

Entah di mana pula silapnya nak kena bawa ke klinik jugak nampaknya pc ni

Hari tu charges breakdown sekarang dah tukar yang baru

ni pulak macam-macam kejadian yang timbul 

rasa nak berhenti je jadi blogger tapi sayang nak tinggalkan dunia penulisan yang sudah sebati dalam badan ni

doakan lah semoga masalah-masalah ni nanti ada penyelesaiannya 

walaupun n3 entah apa-apa menulis ikut gerak hati namun aku bahagia

 Semoga aku dapat berbicara lagi di sini

nak buat checking kat mana punca pc ni buat hal kali ni

bye.....jumpa lagi

wassalam

 

Rabu, 3 Disember 2014

SETELAH PUAS MENYEPI

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamu'alaikumwarohmatullah

 Lamakan mak menyepi..........

 orang baru nak mula berkerjaya semula setelah 14 tahun bersara

macam ala-ala sibuk la macam tu

nak kongsi pengalaman bekerja dengan alam pra persekolahan

kanak-kanak di peringkat usia 4,5 & 6 tahun  

perjalanan kerjaya mak belum mencabar kerana mak mula berkhidmat di peringkat separuh penggal terakhir persekolahan

kira-kiranya mak jejak kaki di tabika murid-muridnya sudah biasa dengan alam sekolah

tahun depan bila dapat fresh childrens baru mak merasakannya kot cabaran nak membiasakan kanak-kanak dengan persekolahan

mak bertuah kerana gurunya adalah lulusan diploma perkembangan awal pendidikan kanak-kanak

mak sebagai pembantunya pun dapat belajar banyak perkara tentang pekembangan awal pendidikan kanak-kanak 

selama ini hanya tengok je anak-anak sendiri pergi dan balik tabika dan prasekolah

sekarang mak pula yang kena duk di kelas tabika 

 ok ye ini pembukaan je setelah bebulan-bulan mak tak buat apa-apa n3

insyaaAllah panjang umur dan mak boleh menulis lagi kita besiaran lagi

mak nak jalan-jalan rumah blogger Tihara dulu ye sebab dia singgah rumah mak di terakhir n3 mak dulu

jumpa lagi..............

wassalam.

 

 

 

 

Selasa, 24 Jun 2014

AHLAN WA SAHLAN YA ROMADHAN

Assalamu'alaikum....

YA ALLAH,BERKATILAH KAMI DI BULAN REJAB DAN SYA'BAN DAN TEMUKAN KAMI DENGAN RAMADHAN.

Pagi semua............

Bulan REJAB 1435 H dah ucapkan SELAMAT TINGGAL, bulan SYA'BAN masih ada peluang untuk direbut kelebihan ganjaran amalan sunat-sunatnya dan bulan ROMADHAN InsyaAllah sekiranya masih diberi peluang untuk kita berjumpa di tahun ini, AHLAN WA SAHLAN YA ROMADHAN.

Semoga masih diberi usia yang panjang untuk beramal ibadat dan membesarkan zuriat dengan pertolongan Allah.

Kadang-kadang kita rasa risau dan takut menemui Pencipta kita, apa yang kita sering risaukan ye...risau nak tinggalkan harta dunia ke atau saham akhirat yang belum berapa nak banyak.

Kalau kita sudah tentu ada saham akhirat dan bekalan di alam barzah.....kita mungkin tak perlu risau dan takut kan.

Ni qadak puasa wajib pun masih ada....fidyah puasa pun ada juga.....macamana ye.......

Tenang ke nanti roh kita di alam barzah? Jadi beratkan lah tentang hutang-hutang kita.

Dosa-dosa kita, Allah beri peluang kita untuk bertaubat tapi hutang-hutang kita kena jelaskan kepada setiap yang kita tanggung.

Kita menulis ni pun bukan nak tunjuk yang kita ni sudah 100% bagus, sebab ada lompang-lompang dalam perjalanan hidup ini.

YA ALLAH,
KAMI MOHON KEPADAMU KESELAMATAN AGAMA,KESIHATAN JASMANI,BERTAMBAH ILMU DAN BERKAH REZ EKI.

DAPAT BERTAUBAT SEBELUM MATI,MENDAPAT RAHMAT KETIKA MATI DAN MEMPEROLEH KEAMPUNAN SETELAH MATI.

YA ALLAH,
MUDAHKANLAH KAMI PADA GELOMBANG SAKARATULMAUT DAN LEPASKANLAH DARI API NERAKA DAN MENDAPAT KEMAAFAN KETIKA DIHISAB.

YA ALLAH,
JANGANLAH DIGONCANGKAN HATI KAMI SETELAH MENDAPAT PETUNJUK,BERILAH KAMI RAHMAT. ENGKAU MAHA PEMBERI.

YA ALLAH,
BERILAH KAMI KEBAJIKAN DI DUNIA DAN KEBAJIKAN DI AKHIRAT,PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKA.

AMIN. YA ROBBAL 'ALAMIN.


Rabu, 21 Mei 2014

MAKNANYA APABILA HARI RABU

AS SALAM DAN SELAWAT BUAT NABI KITA MUHAMMAD SAW, KELUAGA DAN PARA SAHABAT NABI SEKALIAN.

HARI RABU NI KEBANYAKAN PEMBLOG AKAN BUAT POST N3 WW#......MASING-MASING.

PAGI NI KITA BERKONGSI SEDIKIT ILMU YANG ADA,BOLEH?

Cara Memotong Kuku Mengikut Sunnah Nabi SAW

Memotong kuku mengikut turutan:

1. Dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri.

2. Sekiranya memotong kuku jari tangan,dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehinggalah ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehinggalah ke ibu jari. Akhir sekali adalah ibu jari kanan.

3. Kuku jari kaki, dimulai dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kiri.

Sunat memotong kuku pada hari-hari tertentu

RASUL ALLAH SAW BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada;

Hari Sabtu, nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit,
hari Ahad, nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan,
hari Isnin, nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat,
hari Selasa, nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit,
hari Rabu, nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan,
hari Khamis, nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit,
hari Jumaat, nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Ini memberi makna hari yang elok memotong kuku jari kita adalah hari ISNIN, KHAMIS DAN JUMAAT.

Dari Anas bin Malik bermaksud:

Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai,memotong kuku,mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim)

Untuk Renungan Para Muslimin:

Menurut Imam Shafie:

Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi,bersugi,berharuman,berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,besugi,berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang tebaik,kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf,kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat),dia diam ketika imam keluar (bekhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang,maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad)


Jom, kita kongsi-kongsikan!

Selasa, 20 Mei 2014

TAKE 5

 Petang dah......dah minum petang?

Hujan petang-petang ni.....sedapnya kalau dapat bau aroma kopi.....umph!

Apa lagi mai la secawan.....

Dapat minum kopi ni hilang sedikit kedinginan dari luar tu.

Kopi pun dapat mengenyangkan perut tau.

Alhamdulillah tertunai sudah keinginan Mak nak menghirup kopi petang ni. Minum kopi dengan abang dan anak bongsu. Syukur.

Tu semangat nak buat n3 petang ni....dulu-dulu rajin juga post n3 petang...tapi lepas tu senyap lama...ni semangat datang balik....lepas ni tak janji apa-apa lagi....panjang umur dan ada mood n3 ado la....


Nak tempek gambar apa ni.....


tada......



maaf la no, Mak nak tutup siaran cepat ni......


Panggilan azan asar dah 15 minit berlalu....

Semoga dapat bersiaran lagi...

Wassalam.




BARAKA ALLAHU LAKUMA

As salam dan selawat buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW,keluarga dan para sahabat baginda.

Baru lepas berjoging dengan geng joging tegar kawan setaman.

Nampak! Mak sudah semangat berjoging sekarang ni....sejak dari bulan Disember tahun sudah....Alhamdulillah, Mak pun sudah ada sedikit potongan...(perasan juga la bila baju-baju lama saiz L dah boleh pakai semula), kalau tak duk berlipat dan bersangkut dalam almari je....

Tu dia! bangga sangat la, baru boleh pakai baju lama saiz L, belum lagi baju lama yang saiz M....tapi sebenarnya baju yang saiz M memang Mak tak ada pun.....

Hemmmmmmmmmmmmmmmmmm.......................................................

Ada ke pemblog yang ke majlis perkahwinan blogger NurZakiah Hanum?

Mak mulanya sentap juga bila dapat tahu yang Anum ni nak bersatu....tapi AMANTU BILLAH (percaya kepada Allah)

Soal jodoh pertemuan dan ajal adalah ketentuan Allah.

BARAKA ALLAHU LAKUMA BUAT ANUM DAN PASANGANNYA.

Sudah 5 hari Anum tak bersiaran.....apakah Anum akan terus bersiaran semula selepas begelar isteri?


Kalau ikut jejak pemblog Izan Mama Mia.....sejak balik ke kampung tanah kelahirannya, bersiaran sekali lepas tu sepi......tapi Mak masih boleh hubungi Izan melalui fbnya dan terus bersembang dalam talipon dengannya.....cuma nak berjumpa bersemuka tu...."malu-malu kucing"....Mak tak ada masalah kalau nak "face to face" dengan Izan sebab kami telah ditakdirkan berkenalan dan kami ada beberapa pertalian yang bukan saudara sekandung tapi ada tersangkut di beberapa hal latar belakang kehidupan....(faham ke apa Mak nak cakapkan ni?)..........apa-apa pun dipendikkan cerita Mak dan Izan sekarang tinggal agak berhampiran.

Semuanya adalah kuasa dan kehendak Allah. Bila kita mengikuti arena pemblog ni....kita akan dapat dan belajar macam-macam hal kehidupan. Yang paling utama 'LAYAN' blog secara bijak dan berhemah.

Ok, Mak nak tutup siaran pagi ni.......buat Anum SELAMAT MELAYARI BAHTERA PERKAHWINAN, SEMOGA BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN HINGGA KE HUJUNG NYAWA SERTA DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH. AAMIIIIIN.




Isnin, 12 Mei 2014

HARI-HARI ADALAH HARI IBU


Daripada Asma' binti Abu Bakar as-Siddiq R.A katanya, ibuku telah datang ke tempatku sedang dia masih dalam syirik pada masa hayat Rasulullah SAW. Lalu aku pergi meminta fatwa kepada Rasulullah, aku berkata kepadanya ibuku telah datang kepadaku (untuk meminta sesuatu) bolehkah aku menghubunginya? Jawab Rasullullah, "Ya, hubungkan ibumu".


As salam dan selawat buat junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan kedua ibubapanya serta sahabat-sahabat baginda sekalian.


Pagi Isnin yang hening....sesudah melunaskan kerja-kerja pagi di rumah......dapat panggilan daripada anak sulung di SEMESTI jam 7 pagi ni...."Mak, periksa minggu ni.....SELAMAT HARI IBU"......semalam lagi ada panggilan daripadanya tapi tak sempat nak jawab sebab hubby tengah solat Isyak di bilik dan hp pula ada di atas almari solek, nak ambil hp kena lalu depan hubby pula....bilik tidur "sekangkang kera" ibaratnya.

Tunggu-tunggu juga kot dia akan talipon semula lepas prep malam semalam.....tak pula.....bangun tidur awal Subuh tadi hubby tanya, "Hakim talipon semalam?"...nampak ada kerisauan juga...

Tapi naluri seorang ibu berkata-kata, abang nak ucap SHI tu....memang sejak dari usianya 6 tahun setiap tahun dia akan ingat hari lahir emaknya ini dan ucapan SHI tu dan buat kad ucapan sendiri untuk emaknya ini....semoga abang akan menjadi anak lelaki tunggal emak yang soleh.

Tak semestinya ucapan Selamat Hari Ibu tu dibuat setahun sekali.....semestinya hari-hari dalah hari ibu...tarikh sempena hari Ibu tu pun dah ada kontroversi dan menyalahi pula dengan kepercayaan umat Islam.

Jadi jangan pula kita sebagai umat Islam menyamakan hari Ibu ini dengan adat dan kepercayaan orang-orang kafir. WANAUZUBILLAHIMINZALIK.

Bila abang berjauhan dari emaknya ni....ingatkan tiada lagi kad untuk Ibu....rupa-rupanya anak-anak sekarang telah terdedah mindanya.....di sekolah cikgu ajar nak buat kad hari Ibu.....makanya ada juga sekeping kad hari ibu daripada anak-anak yang bersama di rumah ni....berwakilkan anak yang kecil sekali, usianya 6 tahun pada 7.11 nanti.....bila tengok kakaknya buat kad hari ibu....dia cemburu nak buat sendiri juga....tup-tup siap sekeping kad hari ibu hasil tangan kecilnya tu...comel sungguh!

Jadi seronok pula Aisyah buat kad ucapan.....sampai kad SELAMAT HARI BAPA pun ada untuk ayahnya...

SUNGGUH AKU MENSYUKURI NIKMAT ZURIAT PEMBERIAN DARIMU YA ROBBI.




Selasa, 6 Mei 2014

JANGAN GANGGU KEBAHAGIAAN DAN KEDAMAIANKU


Apakah aku yang terlalu cemburu???????????????????????

Oh Tuhan, adakah perlu aku mencemburui?????????????????

Atau, aku hanya perlu biarkan sahaja????????????????????????

KetentuanMu atas apa yang telah berlaku. Aku faham bahawa segala yang Engkau jadikan adalah untuk ujian semua hambaMu.

Hanya Engkau yang mengetahui segala gerak hati manusia, Ya Allah....Semoga keluargaku akan mendapat perlindungan dan hidayahMu. Aamiiiiin.


Isnin, 21 April 2014

ANTARA CAMERON HIGHLAND DAN KLINIK PERGIGIAN


As salam dan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulillah..berjumpa lagi kita ye...

Lama tak ke udara bersebab....

Macam seronok je....macam gembira je....mahu taknya...tuan badan baru balik berbulan madu katakan....

ala-ala hadiah ulangtahaun perkahwinan yang ke 15 tahun.....berbulan madu ke Tanah Rata Cameron Highland.

Pertama kali seumur hidup setakat ini.....Syukur sangat...SUBHANALLAH....indah dan nyaman bumi ciptaan Allah SWT

Pengalaman yang sungguh indah sepanjang berada di sana....2 hari 1 malam je....InsyaAllah ingin ke sana lagi.

Menginap di Apartment Camelia Taman Agro-Mardi....

Benarlah janji Allah setiap ujian keseronokan akan diuji pula dengan ujian kesakitan.

Sampai je di rumah malam tu....sakit gigi ni menyerang semula buat kedua kalinya...rasanya kali ni nekad nak ke klinik gigi...

Nak jimat belanja, ke klinik gigi kerajaan je la, bayar RM1 je untuk cabut gigi....

Tak selesai lagi sakitnya walaupun gigi dah dicabut sebab gigi patah masa cabut...ada lagi tertinggal gigi di dalam gusi...Doktor nak belah gusi pula....temujanji 1 minggu selepasnya....selama seminggu menahan sakit untuk proses pembedahan kecil gusi tu nanti.

Alhamdulillah sudah selesai buat pembedahan kecil untuk keluarkan gigi yang tertinggal tu....kena jahit le apa  lagi....tak hilang lagi sakitnya...lepas satu bab sakitnya ke satu bab lain pula....Doktor bagi 1 minggu lagi untuk buka jahitan...3 hari menanggung sakit....tapi tuan badan ni degil masih nak bergerak ke sana-sini...tak sanggup nak baring dan duduk diam je..

Kerja-kerja di rumah ada la kelonggaran sedikit...Abang sayang sudi membantu....menu diet tuan badan cuma bubur selama 3 hari untuk makan tengahari bubur nasi...makan malam bubur oat...sarapan susu dan roti...

Masuk hari ke 4 tuan badan dah tak bediet macam tu le...rutin diet balik asal.

Alhamduillah pagi ni rasa sakit dah berkurangan....ada lagi 2 hari untuk proses buka jahitan.

Pengalaman pertama ke Tanah Rata Cameon Highland dan ke Klinik Gigi Kerajaan. Dua Pengalaman yang berbeza....

Kalau tuan badan ke klinik gigi swasta macam sebelum ni....pengalaman tak seteruk ke klinik gigi kerajaan.

Tuan badan pernah buat pembedahan kecil di klinik gigi swasta masa mula mengandungkan anak yang ke tiga untuk mencabut gigi geraham juga dan tak sakit langsung selepasnya dan juga tak perlu nak buka jahitannya sebab benangnya tertanggal dengan sendiri.


Bila tuan badan kata ada masalah tekanan darah....sebelum jumpa Doktor gigi kena ambil bacaan tekanan darah dulu...Alhamdulillah sejak dari rumah mohon dipermudahkan Alllah....bacaan tekanan darah masa nak cabut gigi 120/80 normal dan cantik bacaan pagi tu....masa nak belah gusi pula ada sedikit gangguan mulanya 145/95....lepas tu jururawat lain pula ambil bacaan 130/90....Alhamdulillah...baru boleh jumpa doktor gigi...


Okay, tuan badan nak tutup siaran dah...

WASSALAM.






Jumaat, 21 Mac 2014

ULANGTAHUN PERNIKAHAN


21 MAC 1999 dan sekarang genap 15 tahun usia perkahwinan.

Simpan mesej peringatan awal-awal dalam talipon bimbit Abang dan talipon bimbit sendiri.

Diri sendiri pun selalu terlupa dan Abang pun sama juga.

Tahun ini tidak lagi.

Bersempena juga dengan hari kelahiran sendiri, Jumaat, penghulu segala hari.

SEMOGA PERKAHWINAN INI AKAN BERKEKALAN HINGGA KE JANNAH. AAMIIIIN.



Khamis, 20 Mac 2014

RAWATAN HATI

"Sesungguhnya dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging. apabila baik, maka baiklah seluruh anggota tubuhnya. Namun, jika seketul daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah...itulah kalbu (hati)."-maksud hadis

Ya ALLAH...dinginkanlah panasnya kalbuku ini dengan salju keyakinan. Padamkanlah bara jiwaku ini dengan renjisan air keimanan...

Allah tidak pernah mahu menyulitkan hamba-Nya.

Harus diinsafi bahawa DIA tidak memberikan apa yang kita mahu tapi memberikan apa yang kita perlu.

Terimalah segala ketentuan ALLAH dengan lapang dada, tanpa dendam dan tanpa prasangka.


Rakan-rakan blogger sekalian...sebutlah kalimah ALLAH ini setiap saat di dalam hati.

Isnin, 6 Januari 2014

N3 PEMBUKA 2014...

Assalamu'alaikum....................

Lama "ana" tak ke udara................

Ini tengah "mood" @ semangat sudah datang balik nak berblog semula......

Salam sayang salam rindu di kejauhan buat sahabat alam maya.......

Yang pastinya bila dah lama tak berblog ni ialah menjenguk blog orang ler.....

Macam-macam ada......

Yang teruja anak memulakan alam persekolahan....tu yang pastinya.

SELAMAT MELAYANI KARENAH ANAK-ANAK BERSEKOLAH TAHUN 2014 INI.

Ada juga blogger yang teruja anak nak ambil lesen kenderaan.....

"ana"  bahagia bila dapat info blogger bahagia........

SEMOGA TAHUN 2014 @ 1435H MEMBAWA KEBAHAGIAAN BUAT SEMUA.





Selasa, 3 Disember 2013

PERMOHONAN ANAK KE DUA MEMASUKI SEKOLAH MENENGAH AGAMA

Mencuri sedikit waktu dinihari ini, jam sudah pun 11.30 malam, sepatutnya waktu-waktu macam ni dah lena, sekejap je ye....daripada tak ada n3 terkini, hihi

Keputusan UPSR anak kedua sudah pun diketahui, sekarang ni tengah tunggu keputusan ujian bertulis permohonan memasuki sekolah Menengah pula.

2A 3B.....BMnya A yang lain tu fahamlah kan....percubaan 3A 2B, Matematik jadi B pula, malas nak semak semula, terima je la...SYUKUR juga kan.

6 Disember ni akan bermulalah episodnya tahun hadapan, ke mana hala pembelajaran seterusnya.

Khamis, 14 November 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013 BUAT ANAK YANG KEDUA PULA NI


Sepertimana yang telah diumumkan seminggu lepas, hari ini sampailah detik yang ditunggu-tunggu semua guru-guru, ibubapa dan murid-murid tahun 6 2013.

Keputusan boleh juga disemak melalui sms dengan menaip UPSR{angka giliran} dan hantar ke 15888

InsyaAllah.

Sedang menantikan tibanya detik 10.00 pagi hari ini. Dag dig dug.......Dag dig dug......

Isnin, 4 November 2013

SELAMAT MENEMPUH MAAL HIJRAH 1435

Semoga sahabat-sahabat semua tidak dikalangan hamba Allah SWT yang mengabaikan doa akhir tahun 1434H dan doa awal tahun 1435H......

Rebutlah peluang dan kesempatan ini semoga kita dikalangan hamba Allah SWT yang sentiasa mendapat Rahman dan RahimNya.


Khamis, 26 September 2013

BATUK YANG SETAHUN SEKALI


2 hari sudah Mak didatangi batuk ni. Minggu lepas Mak dah rasa badan Mak ni lain macam je daripada kebiasaannya.Kepala Mak sakit je minggu lepas dan hidung pun rasa dah seakan-akan nak selesema je serta tekak pun dah terasa perit. Tapi, Mak ni degil, tak nak makan apa-apa ubat lagi, percaya bahawa Mak kurang minum air kosong sebelumnya jadi Mak pun telan la air kosong sampai rasa dah tak boleh nak telan lagi. Itu la masalah bila dah kena baru nak ingat. Aleh-aleh tak boleh juga akhirnya Mak kalah dengan ubat, dapat telan sebiji panadol dari hospital esoknya rasa ringan sikit kepala dan badan ni. Dapat la sedikit lagi nikmat sihat, dapat melalui detik-detik bersama bonda di kampung dengan adik dan ipar, dengan kakak kandung dan anak-anak saudara, dapat menziarah emak saudara (kakak arwah bapak) dan dapat ziarah ke rumah abang sulung, maklumla raya puasa baru-baru ni Mak balik kampung tolak hari je, tak sempat nak ziarah rumah saudara.

Hari ni Mak dah kehilangan suara, nak ambil M.C (cuti sakit), BOLEH?

Abang sayang Mak tengok Mak tak hidangkan sarapan kemestiannya pagi ni, aleh-aleh dibelinya roti canai mamak. Tapi Mak tak tergamak tak buatkan sarapan untuknya. Selagi masih berdaya Mak gorengkan juga nasi untuk sarapan. Pagi ni menu nasi goreng belacan sebab semalam Mak kisar sambal belacan lebih. Simpan dalam peti ais, bila-bila nak makan sedia dah. Kalau rasa nak makan nasi goreng pedas-pedas boleh digunakan sambal belacan tu sebagai rencah. Tapi hari ni abang sayang Mak tu dah cakap awal-awal pagi tadi dan semalam pun dah disebutnya yang dia akan balik ke rumah FIL selepas balik daripada kerja tengahari ni. Ada surat, kata FIL. Sudah 2 hari surat tu sampai di rumah FIL.

Ayam sudah Mak keluarkan dari peti ais, terkenangkan anak ketiga Mak yang nak makan tengahari berlaukkan ayam, Tak tahula larat tak Mak nak masak lepas ni.

Ok Mak nak tutup bicara. Nak berbicara keluar suara, suara pun dah tak ada. Syukur la, masih boleh menaip di blog Mak ni.

MADRASAH AL-HIJRAH


Pagi ni buka saluran 114 astro njoi Mak, Ooooo, rancangan Madrasah Al-Hijrah rupanya tapi pagi ni bukan Al-Ustaz yang semalam dan tajuknya: Kitab Riyadhus Solihin-Sabar

Antara sabar dan syukur yang mana paling susah?

Ramai ke yang kata sabar? atau ada yang kata syukur?

Kesemua keenam-enam anak-anak murid Al-Ustaz kata sabar la yang susah.

Kata Al-Ustaz, kita kena sabar dalam apa jua hal tetapi kenala diikuti dengan usaha. Tak jadi kalau sabar je tapi tak beusaha mengatasi semua hal. Betul kata Al-Ustaz tu.

Tapi sebenarnya apa yang susah sekali dalam hidup insan ini ialah untuk bersyukur.

Al-Ustaz ada menyebut Firman Alllah Ta'ala, tapi Mak tak ingat dah kat surah mana,

"semakin sedikit di kalangan hambaku yang bersyukur"

Bermakna persoalan di antara sabar dan syukur yang mana paling susah jawapan sebenar-benarnya adalah semakin susah hamba Allah untuk mengucapkan syukur.

Yang ini di luar tajuk rancangan,  Mak nak kongsikan kat sini, Rasulullah SAW pernah berkata kepada isterinya Aisyah apabila ditanya oleh isterinya tentang mengapa baginda solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya, lalu jawab baginda Rasullullah SAW:

"BUKANKAH LEBIH BAIK KALAU AKU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR"

Sampaikanlah olehmu walau sepatah ayat.

....tapi kena pastikan betul-betul bahawa ayat yang hendak disampaikan itu tidak akan mendatangkan dosa.

Doa Mak:  Jauhkahlah hambaMu ini daripada menyampaikan perkara-perkara yang sia-sia dan menjadi satu dosa...AAMIIIIIIN YA ALLAH.

CINTA NABI AMALKAN SUNNAH-






Rabu, 25 September 2013

MENGATUR LANGKAH MENGASPIRASI SYARIAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sejahtera hendaknya ke atas kalian semua.

Bila usia dah masuk ke 40 an ni, barula terkial-kial nak mengasah semula pisau yang mulai tumpul. Hey! jangan ingat Mak nak tikam orang tau, minta dijauhkan perbuatan terkutuk tu oleh Allah.

Ini sebenarnya kes Mak sendiri la, bila dah rasa tak ada kerja nak dibuat, padahal kerja memang berlambak cuma Mak je yang "M", pagi ni lepas je menghantar suami sayang Mak di depan pintu nak ke tempat kerja....Mak pun terus sambung tengok siaran TV Al-Hijrah program apa Mak tak ingat dah sebab Mak baru je tertengok program ni pagi ni bersama Al-Ustaz Mohd Izhar. Mak jarang buka siaran ni pagi-pagi selalunya Mak buka siaran Selamat Pagi Malaysia dan Malaysia Hari Ini je, sebab Mak suka nak dengar cerita-cerita perkembangan semasa di Malaysia ni. Tapi pagi ni suami sayang Mak ni buka siaran TV Al-Hijrah sebelum pergi kerja selepas je sarapan, Mak pun duduk teman tengok sekali. Topik pagi ni ialah "Membuat Tatu Dan Mengubah Gigi".

Dapat la juga penambahan pengetahuan Mak ni, nak Mak perjelaskan di sini rasanya Mak bukanlah orangnya. Cuma Mak rasa pengetahuan ni dapat la Mak mengasah pisau yang mulai tumpul ni, jangan salah faham ye geng!

Di akhir program ni Al-Ustazada menyebut kata-kata yang Mak jadikan tajuk n3 Mak pagi ni. Sebenarnya Mak sangat teruja dengan kata-katanya tu dan yang pastinya itu kata-kata ikut skrip penerbit program tu, apa-apa je la asalkan kata-kata tu adalah yang TERBAIK.

Ok Mak berhenti merapu dulu sebab Mak nak jalankan kewajipan Mak hari ini. Jumpa lagi nanti, InsyaAllah.WASSALAM.